Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah

August 26, 2026 · Politik

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah ahli perniagaan Tan Kok Ping terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow mahkamah, rKon Yeow.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Dr Alwi Abdul Wahab bersama Datuk Dr Shahnaz Sulaiman dan Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan Kok Ping terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 November 2024.

Dalam penghakimannya, Alwi berkata Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan yang memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.

“Kenyataan responden (Kon Yeow) boleh dianggap sebagai komen yang adil kerana ia merupakan pendapat jujur berdasarkan fakta yang dibuktikan berhubung perkara berkepentingan awam iaitu tadbir urus sebuah institusi kebajikan,” katanya.

Beliau berkata pembelaan justifikasi oleh Kon Yeow berjaya dibuktikan selepas mahkamah mendapati inti pati kenyataan itu secara umum adalah benar.

Menurutnya, doktrin “separuh benar” juga tidak terpakai kerana tiada fakta material yang disembunyikan dalam kenyataan berkenaan.

Alwi turut berkata Tan gagal membuktikan wujudnya niat jahat ketika kenyataan itu dibuat, selain pembelaan perlindungan bersyarat oleh Kon Yeow turut terpakai.

“Kon Yeow berhak memberikan respons secara terbuka terhadap surat peletakan jawatan Tan,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan Kok Ping membayar kos RM50,000.

Saman itu difailkan Tan pada Januari 2024 berhubung kenyataan Kon Yeow dalam dua sidang media pada 1 dan 6 Disember 2023 di pejabatnya di Komtar, Pulau Pinang.

Pada ketika itu, Kok Ping dan Kon Yeow merupakan pemegang amanah Penang and Province Wellesley Silver Jubilee Fund, sebuah perbadanan yang ditubuhkan bagi menguruskan Silver Jubilee Home.

Kok Ping mengambil tindakan undang-undang selepas kenyataan Kon Yeow dalam sidang media berkenaan dilaporkan media.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kemudian menolak saman itu, mendorong Kok Ping mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Dalam prosiding hari ini, Kok Ping diwakili peguam K. Kirubakaran, Kek Boon Wei dan Lee Wen Qian, manakala Kon Yeow diwakili Cheah Eng Soon.

Berita berkaitan
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
2 jam lalu· Isu semasa
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
August 19, 2026· Politik
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026· Politik
Kon Yeow minta Rafizi hormati keputusan DAP
August 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
August 26, 2026 · Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
August 26, 2026 · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
2 jam lalu · Politik
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
3 jam lalu · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok