Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?

August 17, 2026 · Politik

Isu dua bendera dipasang terbalik di sebuah kilang di Kulai menimbulkan persoalan sama ada Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh akan mengambil pendekatan sama seperti sebelum ini dengan menganjurkan himpunan sebagai tanda bantahan.

Sebelum ini, Akmal pernah menganjurkan himpunan di Pulau Pinang berhubung isu pemasangan bendera yang didakwa tidak menghormati Jalur Gemilang.

Dalam perkembangan terbaharu di Johor, beliau sebaliknya tampil mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana mengambil tindakan terhadap premis terbabit, tanpa mengumumkan sebarang himpunan setakat ini.

Sebuah kilang di Johor diarahkan tutup sementara oleh Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) selepas pemeriksaan mendapati Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor dipasang dalam keadaan terbalik.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Jafni Md Shukor berkata tindakan itu dibuat mengikut kuasa diperuntukkan kepada pihak berkuasa tempatan menerusi Undang-Undang Kecil Lesen Perdagangan, Perniagaan dan Perindustrian 2019.

“MPKU telah mengambil tindakan menutup sementara premis berkenaan sehingga pihak syarikat tampil memberikan penjelasan serta melengkapkan perakuan aku janji,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurutnya, kedua-dua bendera terbabit turut diperbetulkan serta-merta, manakala Pejabat Daerah Kulai menyelaras tindakan susulan bersama MPKU dan agensi berkaitan.

Polis juga sedang menjalankan siasatan dan pengarah syarikat akan dipanggil bagi memberikan penjelasan mengenai kejadian itu.

Jafni menegaskan tindakan lanjut akan diambil sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran undang-undang atau syarat ditetapkan.

“Pastikan setiap pemasangan bendera dibuat dengan betul, tertib dan penuh rasa tanggungjawab. Alasan kecuaian tidak boleh dijadikan alasan untuk memandang ringan penghormatan terhadap simbol kedaulatan negara dan negeri,” katanya.

Beliau turut menegaskan pendirian kerajaan negeri supaya Jalur Gemilang dan bendera Johor dihormati, selain memastikan undang-undang ditegakkan tanpa pilih kasih.

Akmal dalam reaksi segera pula mengucapkan tahniah kepada kerajaan Johor atas tindakan pantas itu.

“Tahniah kerajaan Johor,” katanya.

Beliau turut menyindir pendekatan yang sebelum ini digunakan terhadap isu sama dengan berkata tindakan penguatkuasaan sepatutnya menjadi keutamaan.

“Ini sepatutnya dilakukan, bukan dengan membela mereka yang sengaja pasang bendera secara terbalik,” katanya.

Isu pemasangan bendera secara tidak betul sebelum ini mencetuskan polemik politik, termasuk himpunan yang dianjurkan Akmal di Pulau Pinang sebagai tanda bantahan.

Dalam kes terbaharu di Johor, pihak berkuasa tempatan memilih pendekatan penguatkuasaan dengan menutup sementara premis, manakala polis menjalankan siasatan bagi menentukan punca kejadian dan sama ada terdapat pelanggaran undang-undang.

Setakat ini, belum dipastikan bagaimana kedua-dua bendera itu boleh dipasang secara terbalik, termasuk sama ada berpunca daripada kecuaian ketika pemasangan atau faktor lain.

Hasil siasatan polis akan menentukan tindakan selanjutnya terhadap pihak terbabit.

Berita berkaitan
AMK Perak mahu isu Jalur Gemilang ditangani tanpa dwistandard
August 20, 2026· Politik
Polis Johor siasat tiga kes bendera terbalik
August 20, 2026· Isu semasa
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
August 19, 2026· Politik
Bendera tanpa bulan bintang, Akmal mahu penjelasan MBKT
August 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
16 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
16 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
18 jam lalu · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
19 jam lalu · Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok