Pertemuan dengan MP UMNO selepas Zahid minta bincang isu semasa: PMX

July 12, 2025 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi meminta untuk mengadakan pertemuan malam tadi di Seri Perdana bersama-sama dengan Ahli Parlimen UMNO-Barisan Nasional (BN).

Anwar berkata pertemuan malam tadi dengan MP UMNO-BN adalah bagi membincangkan isu-isu semasa termasuk cadangan cukai dan badan kehakiman.

“Hari Isnin saya putuskan jumpa PH (Pakatan Harapan), itu biasa. Jadi Datuk Seri Ahmad Zahid kata sebaiknya jumpa juga BN. Saya pun kata baik, kita jumpa semalam.

“BN faham dan beri kerjasama penuh dalam isu-isu ini. Ia termasuk isu cadangan cukai kerana banyak khabar angin tentang petrol RON95, berdasarkan cadangan awal yang jemaah menteri tidak setuju. Jadi biar kita selesaikan bab itu. Kemudian bab badan kehakiman itu saya jelaskan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama Ketua Cabang PKR Terengganu, Kelantan dan Pahang secara tertutup di sebuah hotel hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Presiden PKR meluangkan masa hampir satu jam bertemu pemimpin dan ahli parti itu dalam Seminar Pemantapan Organisasi di lokasi sama.

Pertemuan yang dihadiri lebih 2,000 ahli parti itu diadakan secara tertutup yang turut dihadiri Setiausaha Agung PKR, Dr.Fuziah Salleh dan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.

Sementara itu, ditanya mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Anwar dengan nada berseloroh bertanyakan kembali kepada wartawan ‘bila?’ tanpa mengulas lanjut.

Berhubung intipati pertemuannya dengan ahli PKR di tiga buah negeri itu, beliau berkata, ia bertujuan menjelaskan isu-isu semasa terhadap pemimpin akar umbi tentang tindakan-tindakan yang diambil bagi memerangi rasuah dan proses pelantikan Ketua Hakim Negara yang tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.

Anwar berada di Terengganu untuk menyempurnakan Majlis Peluncuran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir, Hulu Terengganu, pagi ini.

Beliau kemudian merasmikan Program Madani Rakyat peringkat negeri di Pasar Kedai Payang, di Kuala Terengganu sebelum menghadiri perjumpaan tersebut.

Berita berkaitan
Institusi kewangan jadi benteng ekonomi negara: Anwar
1 jam lalu· Isu semasa
RM5 Bilion tambahan untuk bantu PMKS hadapi krisis global: PMX
2 jam lalu· Isu semasa
Aktivis dan penyokong PKR berkumpul desak pengunduran Rafizi
22 jam lalu· Politik
Zahid tolak dakwaan PRN ditangguh kerana takut kalah
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Cadangan tangguh PRN perlu dinilai secara realistik: Fuziah
2 jam lalu · Politik
Pendaftaran online: Ahli baharu UMNO cecah 3,700 dalam sehari
4 jam lalu · Politik
Fitnah isu takbir: MP PAS dan Harakah minta maaf kepada Menteri Pendidikan
22 jam lalu · Politik
PKR Tuaran desak Rafizi dipecat
April 20, 2026 · Politik
Rumah Bangsa berjaya tarik lebih ramai nama besar sertai UMNO: Zahid
April 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok