Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
PAS menganggap ruang untuk berdamai dan meneruskan rundingan dengan Parti Bersatu kini sudah tertutup rapat susulan perkembangan politik antara kedua-dua parti.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata tindakan Bersatu bertanding menentang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menjadi antara punca utama hubungan kedua-dua parti semakin retak.
Menurutnya, keadaan turut bertambah tegang susulan kenyataan beberapa pemimpin Bersatu yang terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang PRN Melaka.
“Ya lah, pada dasarnya dia (Bersatu) lawan kita pada PRN Negeri Sembilan.
“Dan dia juga ada kenyataan kata nak ikut, bersama dengan PH,” katanya dipetik laporan media.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada masih wujud ruang untuk PAS dan Bersatu berdamai serta memperbaiki hubungan politik kedua-dua parti.
Pada 8 Jun lalu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu selepas menilai kedudukan dan hala tuju hubungan kedua-dua parti.
Keputusan itu dibuat ketika hubungan dalam PN semakin berdepan ketegangan, termasuk isu pembahagian kerusi serta hala tuju kerjasama politik bagi menghadapi pilihan raya negeri.
Pada PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu, Bersatu bertanding menggunakan lambang sendiri selepas mendakwa parti itu tidak dilibatkan dalam perbincangan pembahagian kerusi bersama PN.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan Bersatu Melaka, Hishamuddin Abdul Karim sebelum ini dilaporkan berkata partinya terbuka untuk berunding dengan mana-mana pihak yang mempunyai persamaan fikiran, termasuk PH, menjelang PRN Melaka.
Bagaimanapun, beliau berkata sebarang kerjasama pilihan raya perlu mengecualikan parti yang didakwa mengkhianati kepercayaan serta semangat kerjasama yang dibina dalam PN.
PAS dan Bersatu secara rasmi masih berada dalam PN, namun hubungan kedua-dua parti kini semakin menjadi perhatian susulan pertikaian mengenai kerjasama politik.
Pada 9 Ogos lalu, Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kedudukan Bersatu dalam gabungan itu sedang diteliti susulan laporan beberapa Ahli Parlimen Bersatu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berkaitan keabsahan kepimpinan jawatankuasa parti berkenaan.
Siasatan Tabung Haji diteruskan, PMX mahu elak kerugian berulang
Ketirisan disekat, wang rakyat akan dipulangkan: Anwar
Kes bendera terbalik: Mengapa MCA Perak diberi layanan berbeza dengan rakyat lain?
‘Maki saya pasal apa?’ Anwar nafi sokong judi, malah sudah dikurangkan
Mahfuz gesa Mufti Kedah beri panduan isu ‘doa pecah perut’ dibuat Sanusi
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri