Mahfuz gesa Mufti Kedah beri panduan isu ‘doa pecah perut’ dibuat Sanusi

20 jam lalu · Politik

Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar menggesa Mufti Kedah, Syeikh Fadzil Awang tampil memberikan panduan kepada masyarakat berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa mendoakan keburukan terhadap individu tertentu.

Mahfuz berkata, isu berkenaan tidak seharusnya dilihat sekadar pertikaian politik susulan polemik lesen premis perjudian di Kedah, sebaliknya turut menyentuh soal adab dan akhlak dalam Islam.

Menurutnya, beliau tidak mahu menentukan hukum bagi pihak mufti, namun institusi agama perlu menjelaskan batas yang wajar dalam perbezaan pandangan supaya masyarakat tidak keliru.

“Saya tidak mahu menentukan hukum bagi pihak Mufti. Tetapi justeru kerana ini menyentuh soal agama dan akhlak, Mufti Kedah tidak wajar berdiam diri,” katanya dalam kenyataan.

Kontroversi itu tercetus susulan kenyataan Sanusi berhubung isu lesen premis perjudian di Kedah selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan berkaitan perkara berkenaan.

Dalam ucapan tersebut, Sanusi didakwa menggunakan ungkapan termasuk perkataan “celaka” dan “pecah perut”, yang kemudian mengundang reaksi daripada parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan.

Mahfuz berkata, antara perkara yang perlu diperjelaskan ialah sama ada Islam membenarkan seorang pemimpin menyeru orang ramai mendoakan keburukan atau kemudaratan terhadap individu yang tidak dipersetujuinya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada ungkapan mendoakan seseorang “pecah perut” selari dengan akhlak Islam, terutama ketika berdepan perbezaan pandangan.

“Kita perlu menolak judi tanpa mendoakan orang pecah perut. Kita boleh menentang dasar tanpa memaki manusia. Kita boleh menang atau kalah di mahkamah tanpa kehilangan akhlak,” katanya.

Mahfuz turut mengingatkan supaya pertikaian berkaitan undang-undang diselesaikan melalui mahkamah dan saluran Perlembagaan, bukan sehingga perbezaan politik bertukar menjadi kebencian peribadi.

Katanya, Kedah mempunyai tradisi keilmuan Islam yang panjang menerusi institusi ulama dan pondok, justeru aspek adab ketika berbeza pendapat perlu terus dipelihara.

Beliau berharap Mufti Kedah tidak melihat isu tersebut hanya sebagai pertikaian antara PH dan PAS, sebaliknya memberikan panduan agama untuk kepentingan masyarakat.

“Mufti Kedah perlu bersuara bukan untuk membela Anwar, tetapi untuk membela akhlak Islam,” katanya.

Berita berkaitan
‘Maki saya pasal apa?’ Anwar nafi sokong judi, malah sudah dikurangkan
6 jam lalu· Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
August 27, 2026· Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
August 26, 2026· Politik
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
August 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH tunggu keputusan UMNO-BN, Amiruddin sudah hubungi Rauf bincang kerjasama
August 29, 2026 · Politik
Siasatan Tabung Haji diteruskan, PMX mahu elak kerugian berulang
August 29, 2026 · Politik
Ketirisan disekat, wang rakyat akan dipulangkan: Anwar
5 jam lalu · Politik
UMNO negeri dibenarkan teroka kerjasama dengan parti lain, tapi bersyarat: Asyraf
5 jam lalu · Politik
Kes bendera terbalik: Mengapa MCA Perak diberi layanan berbeza dengan rakyat lain?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok