UMNO negeri dibenarkan teroka kerjasama dengan parti lain, tapi bersyarat: Asyraf

5 jam lalu · Politik

UMNO memberi ruang kepada kepimpinan parti di peringkat negeri untuk mengadakan perbincangan dan rundingan dengan parti politik lain bagi mencari bentuk kerjasama menghadapi pilihan raya akan datang.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur, malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rundingan berkenaan perlu dilakukan atas dasar keikhlasan dan kepercayaan tanpa sebarang bentuk ugutan atau gertakan.

“Perbincangan dan rundingan ini mestilah berteraskan keikhlasan dan kepercayaan, bukannya melibatkan ugutan atau gertakan,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat itu.

Keputusan berkenaan membuka ruang kepada UMNO negeri meneroka kemungkinan kerjasama dengan parti politik lain menjelang pilihan raya akan datang, ketika landskap politik negara terus berubah dan rundingan antara parti menjadi antara tumpuan utama.

Dalam mesyuarat sama, MKT UMNO turut menegaskan kepentingan prinsip kedaulatan undang-undang dan anggapan tidak bersalah.

Asyraf Wajdi berkata, seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi belum didakwa, dibicarakan dan disabitkan oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa.

“Justeru, seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah selagi belum didakwa, dibicarakan dan disabitkan kesalahannya oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa,” katanya.

Beliau berkata UMNO menolak tindakan yang bertujuan memalukan atau mengaibkan individu, termasuk membentuk persepsi seolah-olah seseorang yang ditahan untuk membantu siasatan sudah melakukan kesalahan.

Pada masa sama, UMNO menegaskan parti tidak akan mempertahankan sebarang salah laku, penyelewengan atau penyimpangan, termasuk jika ia melibatkan ahli atau pemimpin parti.

Menurut Asyraf Wajdi, mereka yang terbabit wajib berdepan proses undang-undang dan dihadapkan ke muka pengadilan.

MKT UMNO turut mengambil maklum pelbagai kajian mengenai sentimen rakyat, khususnya masyarakat Melayu. Menurut Asyraf Wajdi, dapatan kajian menunjukkan harapan terhadap penyatuan ummah serta kepentingan keindukan Melayu sebagai antara asas kestabilan politik negara.

Dalam perkembangan berkaitan, UMNO akan menjemput kepimpinan tertinggi PAS menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 12 September ini.

“Ia sebagai tanda penghormatan serta membalas jemputan yang telah diberikan kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan PAS,” katanya.

Tiga program turut dijadual berlangsung sehari sebelum perhimpunan, iaitu Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, Multaqa Ilmuan Islam Malaysia dan Laman Wanita Kreatif. Ketiga-tiganya terbuka kepada orang awam.

Mesyuarat MKT itu turut menyaksikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, mengangkat sumpah sebagai anggota MKT UMNO.

Berita berkaitan
PH tunggu keputusan UMNO-BN, Amiruddin sudah hubungi Rauf bincang kerjasama
August 29, 2026· Politik
Pintu damai PAS-Bersatu sudah tertutup: Hadi
August 28, 2026· Politik
Jalur Gemilang terbalik, MCA Perak tampil mohon maaf
August 28, 2026· Politik
BN mahu pertahan 21 kerusi di Melaka, PRN pada bila-bila masa
August 28, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Siasatan Tabung Haji diteruskan, PMX mahu elak kerugian berulang
August 29, 2026 · Politik
Ketirisan disekat, wang rakyat akan dipulangkan: Anwar
5 jam lalu · Politik
Kes bendera terbalik: Mengapa MCA Perak diberi layanan berbeza dengan rakyat lain?
5 jam lalu · Politik
‘Maki saya pasal apa?’ Anwar nafi sokong judi, malah sudah dikurangkan
6 jam lalu · Politik
Mahfuz gesa Mufti Kedah beri panduan isu ‘doa pecah perut’ dibuat Sanusi
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok