Pertumbuhan 6 peratus suntik keyakinan baharu ekonomi negara: Anwar

August 30, 2026 · Isu semasa

Pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak enam peratus pada suku kedua 2026 membuka lembaran baharu kepada perjalanan ekonomi negara untuk terus mencatat prestasi lebih cemerlang, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata pencapaian itu lebih meyakinkan apabila ekonomi Malaysia berkembang kukuh dalam keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu, termasuk konflik di Asia Barat yang masih berterusan.

“Bayangkan, tidak ada yang mengandaikan mengikut unjuran, pertumbuhannya begitu rupa. Tidak ada. Tidak Bank Dunia, tidak IMF. Tidak ada yang mengunjurkan kekuatan ekonomi kita.

“Tetapi Alhamdulillah, suku kedua 2026, KDNK Malaysia berkembang enam peratus,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Anwar berkata pencapaian itu bukan hasil usaha dalam tempoh singkat, sebaliknya terbina daripada asas ekonomi dan kepimpinan negara sejak merdeka.

Menurutnya, beberapa petunjuk ekonomi turut menunjukkan perkembangan positif, termasuk nilai pelaburan yang diluluskan dan jumlah dagangan yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara.

“Daya saing Malaysia melonjak ke tangga 15 tahun ini. Kekuatan ringgit muncul sebagai mata wang terbaik Asia 2025.

“Kerajaan, rakan-rakan dalam Kabinet, memilih jalan sukar. Memperbetulkan asas negara, memperkukuh tatakelola dan mengembalikan disiplin fiskal,” katanya.

Beliau berkata kerajaan turut memberi tumpuan kepada usaha menutup ruang ketirisan, mempercepatkan proses kelulusan serta meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

Perkembangan itu hadir ketika ekonomi global berdepan pelbagai cabaran, termasuk ketegangan geopolitik, ketidaktentuan perdagangan serta perubahan dalam landskap ekonomi dunia.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan kestabilan dan perpaduan rakyat terus menjadi kekuatan penting Malaysia dalam mengharungi cabaran masa depan.

“Kita mempunyai satu tanah air, Malaysia. Kita mewarisi sejarah sebuah bangsa, dan kita bertanggungjawab memastikan masa depan yang gemilang,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, barisan menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul serta lebih 3,000 tetamu.

Berita berkaitan
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
13 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
13 jam lalu· Politik
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
3 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
10 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok