Fahmi Fadzil meluangkan masa menziarahi Nur Rossuzieyana Safiyya Rosidi yang sedang menerima rawatan di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Putrajaya.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meluangkan masa menziarahi Nur Rossuzieyana Safiyya Rosidi yang sedang menerima rawatan di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Putrajaya selepas rebah ketika menyertai persembahan grafik manusia pada Sambutan Hari Kebangsaan, Isnin lepas.
Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 menerusi hantaran di Facebook berkata keadaan Nur Rossuzieyana Safiyya kini stabil.
Beliau turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama mendoakan agar Nur Rossuzieyana Safiyya kembali pulih seperti sediakala.
“Semoga keluarga adik Suzie diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini,” katanya.
Persembahan grafik manusia sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya itu menampilkan 26 formasi yang menggabungkan gerakan kreatif, irama, budaya dan kepelbagaian masyarakat Malaysia dalam satu penceritaan visual.
Persembahan berkenaan melibatkan seramai 1,500 pelajar daripada 36 sekolah di Selangor. – Bernama
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum