DUN Melaka bubar selepas Perhimpunan Agung UMNO?

September 3, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) menjangkakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan dibubarkan selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang berlangsung dari 9 hingga 12 September ini, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh terdekat.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan itu turut memberi ruang kepada UMNO dan BN menyusun strategi serta rundingan dengan parti lain bagi menghadapi PRN Melaka.

“Selepas PAU, jangkaan kita DUN akan dibubarkan. Tidak ada formula yang sama digunakan untuk tempat yang berbeza. Jadi kita harus menyesuaikan formula itu.

“Melaka landskap politiknya berbeza, maka mungkin ada perbezaan dari segi formula dan jalinan kerjasama dengan parti-parti gabungan untuk menjadi rakan kongsi politik kita,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama wartawan Media Prima Berhad (MPB) di sini.

Ahmad Zahid berkata BN kekal dengan pendirian mempertahankan 21 kerusi DUN yang dimenangi UMNO pada PRN Melaka 2021.

Menurutnya, kemenangan itu diperoleh ketika UMNO memilih untuk bertanding secara solo selepas terdapat cadangan parti lain untuk bertanding di sebahagian besar kerusi yang dipertandingkan.

“Ketika itu UMNO bertanding solo dan kita mendapat 21 kerusi DUN. Dengan kesukaran mendapatkan 21 kerusi itu, adalah mustahil untuk Melaka, UMNO dan BN berkompromi dengan menyerahkan sebahagian daripada yang sudah berada di rumah kita untuk diberi kepada orang lain.

“Jadi, itulah prinsipnya,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata tujuh lagi kerusi yang tidak dimenangi BN boleh menjadi ruang untuk parti gabungan lain bertanding.

“Kerusi itu boleh direbut oleh mana-mana parti gabungan kerana siapa pun yang menang, mereka akan bersama-sama dengan kita dan kita sentiasa membuka pintu untuk menjalin kerjasama,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid mengesahkan perbincangan secara tidak formal antara BN dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sudah dimulakan.

“Secara tidak formal, perbincangan sudah diadakan dengan PN dan juga PH. Tetapi keputusan untuk pengagihan kerusi ini sebaik-baiknya dibuat selepas DUN Melaka dibubarkan,” katanya.

Tempoh pentadbiran DUN Melaka dijadual berakhir pada penghujung Disember ini. Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh, sebelum ini turut memberi bayangan DUN mungkin dibubarkan pada September bagi membolehkan PRN diadakan sekitar Oktober, mengambil kira tempoh persediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ditanya sama ada Ab Rauf akan menjadi ‘poster boy’ BN pada PRN kali ini, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan itu.

Berita berkaitan
Mohamad Hasan: UMNO tak mahu dipermainkan lagi, tetapkan empat syarat kerjasama
6 jam lalu· Politik
Mohamad Hasan: Menang PRN bukan lesen UMNO untuk leka
6 jam lalu· Politik
Ahmad Zahid tolak spekulasi Ismail Lasim letak jawatan, nafi hadir mesyuarat
7 jam lalu· Politik
UMNO dakwa syarat dilanggar berhubung isu pengampunan Najib
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari
6 jam lalu · Politik
Syahredzan gesa siasat dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan
11 jam lalu · Politik
SPRM: Azeez minta kekal pakai baju lokap, bergari
11 jam lalu · Politik
MB Negeri Sembilan: Saya tandatangan proklamasi secara paksaan
11 jam lalu · Politik
Hilman bebas pertuduhan cetus ketakutan awam
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok