Syahredzan gesa siasat dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan

September 9, 2026 · Politik

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim yang mendakwa dirinya menandatangani dokumen berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara paksaan.

Syahredzan berkata, perkembangan terbaru itu serius dan tidak wajar dipandang ringan kerana ia membabitkan institusi Raja-Raja Melayu serta persoalan mengenai proses penurunan seorang pemerintah negeri.

“Saya sebelum ini tidak mahu mengulas, tetapi perkembangan terbaru ini cukup, cukup serius,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, dakwaan Ismail menandatangani dokumen berkenaan tanpa kerelaan dan dalam keadaan terpaksa menimbulkan persoalan besar, khususnya mengenai pihak yang didakwa memaksa Menteri Besar berbuat demikian.

“Siapa yang memaksa Menteri Besar untuk menandatangani dokumen menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan?” soalnya.

Syahredzan turut mengaitkan dakwaan itu dengan laporan media The Straits Times sebelum ini yang mendakwa wujud penglibatan individu tertentu dalam UMNO dalam episod membabitkan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Beliau mempersoalkan sama ada benar terdapat pihak dalam UMNO yang terlibat dalam usaha menurunkan seorang Raja Melayu yang sebelum ini mereka sendiri akui sebagai pemerintah yang sah.

“Dakwaan ini juga sedikit sebanyak mengiyakan laporan The Straits Times sebelum ini,” katanya.

Sehubungan itu, Syahredzan menggesa Ismail tampil menjelaskan secara terbuka apa yang sebenarnya berlaku ketika dokumen berkenaan ditandatangani.

“YAB MB wajar mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Pihak berkuasa mesti menyiasat dakwaan ini,” katanya.

Menurut Syahredzan, isu berkenaan tidak lagi boleh dilihat sebagai kemelut politik atau pentadbiran di Negeri Sembilan semata-mata kerana ia mempunyai implikasi lebih besar terhadap institusi negara.

“Isu ini sudah melangkaui Negeri Sembilan. Perkembangan terbaru ini melibatkan soal kelangsungan dan keselamatan institusi-institusi dalam negara serta Raja-Raja Melayu,” katanya.

Kontroversi itu tercetus susulan kenyataan Ismail di Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan yang mendakwa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam keadaan tidak rela dan secara paksaan.

Perkembangan tersebut kini mencetuskan tuntutan supaya dakwaan berkenaan diperjelaskan serta disiasat bagi menentukan keadaan sebenar di sebalik proses yang berlaku.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
7 jam lalu· Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026· Politik
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
October 8, 2026· Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
October 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
7 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
12 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
14 jam lalu · Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026 · Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok