MB Negeri Sembilan: Saya tandatangan proklamasi secara paksaan

6 jam lalu · Politik

Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim menegaskan Surat Cara Proklamasi yang didakwa berkaitan usaha menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, ditandatangani secara paksaan dan bukan atas kerelaan hatinya.

Ismail berkata, beliau sudah membuat laporan polis pada kira-kira jam 6 petang semalam bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap perkara itu.

“Saya ingin menjelaskan Surat Cara (Proklamasi) itu saya tandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan (duress).

“Saya membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri berpendirian dokumen berkenaan tidak memenuhi proses serta tatacara yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).

“Oleh itu, ia tidak sah, tidak berperlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan,” katanya.

Kontroversi itu tercetus selepas Sekretariat Undang Yang Empat pada Ahad lalu mengeluarkan kenyataan berhubung Sidang Khas Pengumuman Surat Cara Proklamasi Perkara 10 UUTKNS.

Mereka mendakwa proklamasi berkaitan penurunan Tuanku Muhriz ditandatangani Ismail di Istana Laguna Biru, Port Dickson pada 3 Ogos lalu dan menuntut pentadbiran kerajaan negeri mematuhinya.

Bagaimanapun, pendirian itu ditolak beberapa pihak dalam institusi adat Negeri Sembilan.

Ismail berkata, Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang malam tadi turut membincangkan penubuhan Jawatankuasa Pendamai sebagai wadah mencari penyelesaian terhadap isu adat secara harmoni dan berlandaskan semangat muafakat.

Beliau turut merujuk Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan jaminan Persekutuan terhadap hak dan kedudukan Raja di sisi Perlembagaan.

“Kerajaan negeri perlu mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kemuliaan dan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan terus terpelihara.

“Saya sekali lagi menzahirkan sokongan penuh serta taat setia tidak berbelah bahagi kepada Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan berdaulat,” katanya.

Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 2 Ogos lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Undang Luak Sungei Ujong, Dato’ Klana Petra Muhammad Faris Johari menegaskan proklamasi yang ditandatangani Ismail pada 3 Ogos lalu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid pula menegaskan kedudukan Tuanku Muhriz di atas takhta Negeri Sembilan sah, sempurna dan tidak tergugat oleh mana-mana dokumen atau dakwaan sebelah pihak.

Kepala Adat Luak Jelebu, Ismail Mohd Zin turut berpandangan proklamasi itu tidak memberi kesan undang-undang terhadap kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Raja Pemerintah Tertinggi Negeri Sembilan.

Berita berkaitan
Ahmad Zahid tolak spekulasi Ismail Lasim letak jawatan, nafi hadir mesyuarat
1 jam lalu· Politik
Syahredzan gesa siasat dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan
5 jam lalu· Politik
Undang dakwa proklamasi turunkan Tuanku Muhriz tidak sah
10 jam lalu· Isu semasa
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
September 6, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mohamad Hasan: UMNO tak mahu dipermainkan lagi, tetapkan empat syarat kerjasama
September 9, 2026 · Politik
Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari
September 9, 2026 · Politik
Mohamad Hasan: Menang PRN bukan lesen UMNO untuk leka
September 9, 2026 · Politik
UMNO dakwa syarat dilanggar berhubung isu pengampunan Najib
5 jam lalu · Politik
SPRM: Azeez minta kekal pakai baju lokap, bergari
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok