Pengerusi TH sanggah dakwaan Madinah tidak dipanggil beri keterangan dalam RCI

September 3, 2026 · Isu semasa

Dakwaan bekas Ketua Audit Negara, Madinah Mohamad tidak pernah dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) dinafikan seorang anggota suruhanjaya itu.

Pengerusi TH, Rashid Hussain berkata Madinah sebenarnya sudah menerima sapina daripada RCI untuk hadir memberi keterangan dalam prosiding berkenaan.

Menurutnya, Madinah turut memohon untuk hadir bersama bekas Timbalan Pengarah Bahagian Audit Kewangan, Mona Othman, namun permintaan itu tidak dibenarkan kerana RCI mahu mendapatkan keterangan saksi secara berasingan.

“Semasa prosiding RCI, kami meneliti keterangan saksi seorang demi seorang. Jadi, kami tidak membenarkan beliau memberi keterangan bersama Mona,” katanya pada dialog awam mengenai TH di Tenera Hotel & Suites hari ini.

Rashid adalah antara enam anggota RCI yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Raus Sharif.

Beliau berkata, Madinah juga diberi peluang menjawab 75 soalan dikemukakan RCI secara bertulis.

Menurutnya, jawapan itu kemudiannya dikemukakan dalam bentuk akuan berkanun dan direkodkan sebagai kenyataan saksi pada 1 April 2022.

“Ia direkodkan sebagai kenyataan saksi. Beliau menyerahkannya pada 1 April 2022,” katanya.

Sebelum ini, Madinah mendakwa beliau tidak diberikan peluang untuk didengar selepas tidak dipanggil memberi keterangan secara langsung dalam prosiding RCI walaupun bersedia berhadapan panel suruhanjaya itu.

Madinah mendakwa beliau sudah berada di lokasi prosiding, namun namanya tidak dipanggil selepas menunggu lebih 30 minit.

Beliau yang memegang jawatan Ketua Audit Negara dari 2017 hingga 2019 turut mempertahankan audit terhadap penyata kewangan TH bagi tempoh 2014 hingga 2017, dengan menegaskan tindakannya ketika itu dibuat demi kepentingan negara.

Kontroversi itu berkait rapat dengan penemuan RCI mengenai kedudukan kewangan TH sebelum ini. Suruhanjaya berkenaan mendapati TH melaporkan keuntungan RM3.4 bilion pada 2017, sedangkan berdasarkan piawaian perakaunan yang sewajarnya, institusi itu sepatutnya mencatat kerugian bersih RM1.4 bilion.

Perbezaan hampir RM4.8 bilion itu menjadi antara isu utama dalam siasatan RCI.

RCI turut mengkritik Jabatan Audit Negara kerana didakwa tidak menjalankan audit lebih ketat terhadap penyata kewangan TH bagi tempoh berkenaan.

Berita berkaitan
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
October 22, 2026· Isu semasa
Parlimen: 13 syor RCI Tabung Haji sudah dilaksana
October 9, 2026· Isu semasa
Rayuan haji 2027 dibuka 2 Oktober
September 28, 2026· Isu semasa
Kes Tabung Haji: Azeez, keluarga diminta isytihar harta kepada SPRM
September 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
6 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
12 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
15 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok