Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar

September 7, 2026 · Isu semasa

Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membelanjakan peruntukan melebihi jumlah diluluskan kerajaan, termasuk bagi projek jalan luar bandar.

Menurut Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, kementeriannya hanya akan berbelanja berdasarkan peruntukan yang diluluskan atau jumlah dinyatakan dalam belanjawan negara.

“Tidak pernah ada sebuah kementerian yang membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan. Apa yang dibelanjakan itu secara tidak langsung menjawab soalan KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan).

“Berapa peruntukan yang ada? Mana ada bajet yang cantik. Mana mungkin KKDW akan membelanjakan bajet melebihi daripada apa yang dinyatakan dalam ucapan belanjawan atau apa yang diperuntukkan,” katanya ketika berucap pada sesi pembukaan Bengkel Kerjasama Strategik Pusat Komuniti Desa KKDW serta Pusat Sebaran Maklumat Nasional di Cyberjaya.

Kenyataan itu susulan pendedahan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican, mengenai kedudukan peruntukan projek jalan luar bandar tahun ini.

Johan dilaporkan berkata sebahagian besar peruntukan tahun ini bagi projek berkenaan sudah dibelanjakan, sekali gus menyebabkan kekangan dalam membuat bayaran kepada kontraktor.

Malah, beliau mendakwa KKDW secara konsisten berbelanja melebihi peruntukan tahunan diluluskan bagi projek jalan luar bandar sejak beberapa tahun lalu.

Isu itu timbul selepas Zahid pada Selasa lalu mendedahkan terdapat kontraktor yang melaksanakan projek luar bandar lewat menerima bayaran kerajaan sehingga sebahagiannya berdepan masalah aliran tunai dan terpaksa menutup operasi.

Perkara itu mencetuskan persoalan mengenai kedudukan peruntukan dan pembayaran projek pembangunan luar bandar, khususnya apabila kementerian dan Perbendaharaan memberikan gambaran berbeza mengenai punca kelewatan bayaran.

Zahid bagaimanapun menegaskan KKDW tidak boleh berbelanja melebihi jumlah yang diluluskan dalam belanjawan.

Berita berkaitan
MCA tak hadir di pelancaran jentera BN Masjid Tanah, krisis kerusi belum reda?
8 jam lalu· Politik
Zahid sahkan MCA kekal bertanding PRN Melaka, calon dipilih kekal
15 jam lalu· Politik
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
18 jam lalu· Politik
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
October 26, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
8 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
18 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok