Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen

September 7, 2026 · Isu semasa

Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam kalangan pelarian Myanmar masih tertakluk kepada peruntukan Akta Imigresen 1959/63.

Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban berkata pemegang kad UNHCR boleh dikenakan tindakan seperti pendatang asing tanpa izin sekiranya melakukan kesalahan imigresen lain, termasuk bekerja tanpa pas atau permit yang sah.

“Majikan yang menggaji pelarian pemegang kad UNHCR tanpa kebenaran yang sah juga boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria turut menafikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pernah mengeluarkan kenyataan pelarian Myanmar yang memiliki kad UNHCR bukan pendatang asing tanpa izin.

Penjelasan itu susulan laporan media sebelum ini yang mendakwa pemegang kad UNHCR tidak boleh dikenakan tindakan imigresen dan perkara itu berada di luar bidang kuasa JIM.

Menurut Zakaria, pengecualian hanya membabitkan dua kesalahan di bawah Akta Imigresen, iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah serta kesalahan tinggal lebih masa.

“Pengecualian terhadap kedua-dua kesalahan ini tidak bermaksud pemegang kad UNHCR dikecualikan daripada pematuhan terhadap peruntukan lain di bawah Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata pengurusan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dilaksanakan berdasarkan dasar kerajaan melalui Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama JIM turut dipertanggungjawabkan melaksanakan pendaftaran pelarian dan pemohon suaka menerusi Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).

“Pelaksanaan DPP bertujuan membolehkan kerajaan mempunyai data yang lebih menyeluruh dan teratur berkaitan keberadaan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia.

“Sebarang keputusan berkaitan pengurusan pelarian ini tertakluk kepada dasar yang ditentukan oleh MKN melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelarian dan Pemohon Suaka,” katanya.

Zakaria berkata JIM akan terus melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan imigresen secara tegas mengikut undang-undang serta dasar kerajaan yang ditetapkan.

Isu kedudukan pemegang kad UNHCR sering menjadi perhatian kerana kad berkenaan berfungsi sebagai dokumen pengenalan dan perlindungan kepada pelarian serta pemohon suaka, namun tidak menggantikan pas atau permit imigresen yang dikeluarkan kerajaan Malaysia.

Berita berkaitan
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
October 26, 2026· Isu semasa
Kawalan sempadan diperketat, 24,631 pelawat ditolak
October 22, 2026· Isu semasa
Kerajaan perhalusi reformasi pemisahan kuasa AG dan Pendakwa Raya: Fahmi
October 16, 2026· Isu semasa
Guan Eng cadang kerajaan saman Indonesia jika terus tolak bantuan jerebu
October 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
8 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
18 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok