Anwar terkesan kehilangan juruterbang Zainol Afiq dalam nahas

September 9, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenang Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham sebagai seorang yang sopan dan banyak membantu pergerakannya ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Anwar berkata kenangan bersama Allahyarham kembali menyentuh perasaannya selepas beliau berpeluang menghubungi bapa juruterbang itu, Bee Sham Ahmad, hari ini.

Dalam perbualan telefon yang dikongsikan menerusi Facebook beliau, Anwar menyifatkan Zainol Afiq sebagai seorang juruterbang yang sentiasa menjaga adab ketika memberikan perkhidmatan.

“Dia seorang yang sopan, salam ketika saya naik, salam ketika turun helikopter. Doa bersama,” katanya.

Perdana Menteri turut mengakui dirinya amat terkesan apabila ditunjukkan gambar Allahyarham ketika menerbangkan beliau sepanjang kempen PRU-15.

“Tatkala menghimbau kenangan sewaktu Allahyarham bertanggungjawab menerbangkan saya ketika kempen PRU-15 lalu menjadikan saya sangat tersentuh dan mengesankan sanubari yang terdalam.

“Teruji dengan kehilangan amat berat, lebih-lebih lagi buat keluarga dan anak-anak yang jauh masih kecil,” katanya.

Menurut Anwar, keluarga Allahyarham berhasrat membawa jenazah Zainol Afiq pulang ke Negeri Sembilan, dan kerajaan akan membantu urusan berkenaan.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga juruterbang itu serta semua keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi berkenaan.

“Lantaran itu, Kerajaan MADANI akan memastikan segala bantuan dan keperluan keluarga Allahyarham serta keluarga mangsa lain didukung dan diberi pembelaan sewajarnya,” katanya.

Anwar turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk menghadapi kehilangan itu.

“Semoga Allah SWT mengasihani mereka, mengampun segala dosa mereka, melimpahkan rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka di kalangan para syuhada.

“Malaysia meratapi pengorbanan dan limpah bakti mereka kepada negara,” katanya.

Dalam kejadian semalam, sebuah helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas dan terbakar berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kejadian itu dan operasi mencari serta pengurusan mangsa dilaksanakan susulan nahas berkenaan.

Berita berkaitan
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
17 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
17 jam lalu· Politik
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
7 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
14 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok