Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari

September 9, 2026 · Politik

Peguam kepada Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kononnya bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji itu berkeras untuk memakai baju lokap berwarna ungu dan gari ketika hadir di mahkamah hari ini.

Peguamnya, Amer Hamzah Arshad berkata, Abdul Azeez pada awalnya dibenarkan memakai pakaian biasa sebelum dibawa keluar dari lokap polis.

Menurutnya, anak guamnya kemudian diarahkan menukar pakaian kepada baju lokap berwarna ungu sebelum dibawa keluar, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Abdul Azeez kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sesyen (Jenayah) 2 bagi permohonan reman oleh pihak polis dalam keadaan memakai pakaian tersebut. Mahkamah kemudian membenarkan perintah reman selama dua hari terhadap beliau.

“Pada setiap masa berkenaan, anak guam kami kekal berada di bawah jagaan dan kawalan PDRM. Gari yang dipakaikan kepadanya juga dilakukan oleh pihak polis dan bukannya SPRM,” katanya dalam kenyataan.

Amer Hamzah berkata, selepas prosiding reman selesai, Abdul Azeez dibawa terus dari Mahkamah Sesyen (Jenayah) 2 ke Mahkamah Sesyen (Jenayah) 9 bagi menghadapi pertuduhan oleh SPRM.

Katanya, sepanjang tempoh itu termasuk ketika dipindahkan antara kedua-dua mahkamah, Abdul Azeez kekal dalam tahanan polis dan tidak diberikan peluang menukar pakaian lokap.

“Beliau tidak dibebaskan daripada tahanan polis antara kedua-dua prosiding tersebut dan tidak diberikan sebarang peluang untuk menukar pakaian lokap sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen (Jenayah) 9,” katanya.

Peguam itu turut melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan SPRM yang mendakwa Abdul Azeez memilih atau berkeras untuk memakai pakaian lokap serta gari ketika hadir di mahkamah.

“Sebarang dakwaan bahawa Abdul Azeez secara sukarela memilih untuk tampil dalam keadaan tersebut adalah tidak benar dan memberikan gambaran yang mengelirukan mengenai keadaan sebenar ketika beliau dibawa ke mahkamah,” katanya.

Terdahulu, SPRM mendakwa Abdul Azeez memilih untuk memakai baju lokap PDRM berwarna ungu dan bergari ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Menurut SPRM, beliau sudah dinasihati pegawai SPRM, polis yang mengiringinya serta peguamnya supaya menukar kepada pakaian biasa dan tidak perlu memakai gari.

“Bagaimanapun, beliau berkeras untuk kekal memakai pakaian lokap dan juga gari berkenaan sehingga proses pertuduhan selesai dibacakan,” menurut SPRM.

Abdul Azeez sebelum ini berdepan siasatan SPRM dan kembali ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah. Beliau kemudian dibawa ke mahkamah untuk prosiding reman sebelum menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen.

Amer Hamzah berkata pihaknya mengekalkan semua hak undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menerbitkan atau menyebarkan naratif didakwa palsu atau mengelirukan mengenai kejadian itu.

Berita berkaitan
UMNO dakwa syarat dilanggar berhubung isu pengampunan Najib
5 jam lalu· Politik
SPRM: Azeez minta kekal pakai baju lokap, bergari
5 jam lalu· Politik
Abdul Azeez didakwa guna jawatan untuk dapat habuan
11 jam lalu· Isu semasa
Kes Hibah TH: Abdul Azeez, dua bekas pegawai direman
11 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Mohamad Hasan: UMNO tak mahu dipermainkan lagi, tetapkan empat syarat kerjasama
September 9, 2026 · Politik
Mohamad Hasan: Menang PRN bukan lesen UMNO untuk leka
September 9, 2026 · Politik
Ahmad Zahid tolak spekulasi Ismail Lasim letak jawatan, nafi hadir mesyuarat
September 9, 2026 · Politik
Syahredzan gesa siasat dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan
5 jam lalu · Politik
MB Negeri Sembilan: Saya tandatangan proklamasi secara paksaan
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok