Syabu dadah utama diseludup dari Thailand: Bukit Aman

September 11, 2026 · Isu semasa

Syabu menjadi dadah paling banyak diseludup masuk ke Malaysia melalui sempadan Thailand dengan anggaran kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rampasan di laluan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata, ganja turut antara dadah yang kerap dibawa masuk melalui sempadan utara negara.

Menurutnya, Malaysia bukan sekadar dijadikan negara transit oleh sindiket, malah turut menjadi sasaran untuk dijadikan hab pemprosesan dadah.

“Sekitar 70 peratus dadah masuk ke Malaysia melalui sempadan Thailand adalah syabu. Ganja juga antara dadah yang diseludup masuk.

“Kebanyakan dadah ini kemudiannya dibawa keluar dari Malaysia ke negara seperti Indonesia dan Filipina,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bachok, Kelantan, semalam.

Hussein berkata, bunga ganja pula kebanyakannya diseludup ke negara Eropah susulan permintaan tinggi terhadap bahan terlarang berkenaan.

Dalam masa sama, beliau berkata polis terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dan Indonesia bagi membanteras kegiatan penyeludupan dadah, termasuk menerusi perkongsian risikan.

Menurutnya, JSJN turut memberi perhatian terhadap usaha sindiket menjadikan Malaysia sebagai pusat pemprosesan dadah dengan membawa masuk bahan prekursor dari luar negara.

“Kita tahu Malaysia negara transit dan banyak dadah dibawa masuk dari bahagian utara negara. Terdapat juga cubaan sindiket untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pemprosesan dadah dengan membawa masuk bahan prekursor dari negara seperti China.

“Sindiket ini menggunakan pelbagai kaedah untuk membawa masuk bahan berkenaan sebelum memproses dadah di sini,” katanya.

Hussein berkata, polis akan terus memantau pergerakan sindiket selain melumpuhkan makmal pemprosesan dadah dan menggagalkan cubaan membawa keluar bahan terlarang dari negara ini.

Mengulas kemungkinan terdapat makmal dadah lain di negara ini, beliau berkata perkara itu masih dalam siasatan.

Pada 15 Ogos lalu, JSJN menyerbu sebuah makmal pemprosesan dadah berskala besar di Puncak Alam, Selangor menerusi Op Eumenes.

Serbuan itu membawa kepada rampasan lebih 13 tan MDMA dalam bentuk cecair dan serbuk serta beberapa jenis dadah lain dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2.4 bilion.

Berita berkaitan
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
October 25, 2026· Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
October 24, 2026· Isu semasa
72 rakyat Malaysia ditahan dalam kes dadah di luar negara: Polis
October 22, 2026· Isu semasa
RM4.3 bilion aset mafia korporat dibekukan sejak 2022: PMX
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
7 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
13 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
16 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok