Zahid jangan main politik isu BUDI95: ADUN Buntong

2 jam lalu · Politik

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi diminta menjelaskan pendiriannya berhubung pengurangan sementara kuota bulanan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebelum mengkritik keputusan kerajaan mengembalikan semula kuota itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, Thulsi Manogaran berkata Zahid merupakan anggota Kabinet ketika keputusan mengurangkan kuota berkuat kuasa pada 1 April lalu, justeru tidak wajar beliau kini menggambarkan pemulihan kuota sebagai langkah kerajaan yang dibuat kerana takut menghadapi pilihan raya.

Menurutnya, pengurangan kuota ketika itu dibuat susulan peningkatan konflik di Selat Hormuz yang menimbulkan ketidaktentuan terhadap bekalan minyak global dan keselamatan tenaga.

“Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri perlu lebih bertanggungjawab dalam mengkritik Perdana Menteri. Beliau berada dalam Kabinet ketika keputusan itu dibuat, jadi mengapa sekarang menyerang Perdana Menteri?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Thulsi berkata, langkah mengurangkan kuota ketika berdepan kejutan luaran luar biasa tidak sepatutnya dilihat sebagai tanda kerajaan tidak konsisten, sebaliknya langkah berjaga-jaga bagi mengurus penggunaan bahan api bersubsidi dan memastikan bekalan tenaga negara terpelihara.

Kerajaan kemudian mengembalikan kuota BUDI95 kepada 300 liter sebulan mulai 1 September lalu, dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan keputusan itu mengambil kira tekanan kos sara hidup dan memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna yang layak.

Thulsi turut mempersoalkan dakwaan Zahid kononnya pemulihan kuota dibuat kerana kerajaan takut pilihan raya.

“Jika beliau berpendapat pengurangan kuota itu tidak wajar, beliau sepatutnya mengemukakan penilaian bekalan, unjuran harga serta data fiskal yang menyokong pandangan itu. Sebagai anggota Kabinet, beliau mempunyai akses kepada maklumat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, jika Zahid benar-benar membantah pengurangan kuota daripada 300 kepada 200 liter, pendirian itu sepatutnya dinyatakan ketika keputusan berkenaan dibincangkan dalam Kabinet.

Thulsi turut mempersoalkan sama ada Zahid membantah keputusan tersebut pada April lalu atau hanya mengkritiknya selepas kuota dikembalikan.

“Jika beliau menerima keputusan itu ketika ia dibuat tetapi menyerangnya selepas kuota dipulihkan, itu bukan kritikan berprinsip. Ia lebih kepada oportunisme politik,” katanya.

Isu BUDI95 menjadi perhatian susulan perubahan kuota yang dibuat ketika ketidaktentuan pasaran minyak global, sebelum kerajaan memulihkan semula jumlah asal pada September.

Thulsi berkata, sebagai Timbalan Perdana Menteri dan anggota kanan kerajaan, Zahid perlu mengutamakan tanggungjawab bersama Kabinet serta memberikan cadangan alternatif berasaskan fakta, bukan sekadar kritikan terbuka terhadap Perdana Menteri.

Berita berkaitan
Zahid jangan bawa politik ‘budak-budak’ ke Putrajaya: Mahfuz
September 11, 2026· Politik
‘Penguatkuasaan undang-undang bukan serangan terhadap UMNO’ – Sheikh Umar
2 jam lalu· Politik
UMNO hormat keputusan Agong, tetap harap terbaik untuk Najib
7 jam lalu· Isu semasa
PRU16: Zahid mahu mandat dikembali kepada rakyat
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
DUN Melaka bakal bubar, Ab Rauf beri bayangan bulan ini
3 jam lalu · Politik
Pemuda Amanah Perak gesa SPRM semak kekayaan anak Azeez
6 jam lalu · Politik
Zahid mahu GST kembali, puji sistem era Najib
9 jam lalu · Politik
Pimpinan PAS muncul di PAU, kerjasama pilihan raya jadi tanda tanya
10 jam lalu · Politik
Sampai 2039, rakyat masih tanggung hutang 1MDB: PKR
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok