Loke cadang segera panggil mesyuarat Presiden PH bincang kedudukan BN

September 14, 2026 · Politik

Anthony Loke mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim segera mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan perkembangan politik terkini, termasuk kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung DAP itu berkata akan mencadangkan perkara itu kepada Anwar sebaik Perdana Menteri pulang daripada lawatan rasmi di luar negara.

Menurutnya, beberapa kenyataan politik yang dibuat kebelakangan ini perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi bagi memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.

“Sudah semestinya saya akan meminta Perdana Menteri untuk mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk meneliti dan membincangkan perkembangan politik terkini.

“Beberapa kenyataan yang dibuat sudah tentu tidak baik dari segi kepastian dan kestabilan politik negara,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pusat Pemeriksaan M.V.15 Carsome Academy, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang menyentuh kedudukan BN dalam Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid sebelum ini meminta supaya Kerajaan Perpaduan mengeluarkan UMNO secara rasmi melalui pengundian di Dewan Rakyat sekiranya kerajaan mahu parti itu meninggalkan gabungan berkenaan.

Mengulas sama ada PH akan mendapatkan penjelasan mengenai kedudukan BN atau cabaran yang dibangkitkan kepimpinan UMNO, Loke berkata sebarang pendirian rasmi di peringkat tertinggi perlu dijelaskan sendiri oleh Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau mengakui perkembangan politik semasa perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menimbulkan persepsi parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak bergerak dalam hala tuju yang sama.

“Jadi, saya fikir Perdana Menteri juga perlu jelaskan dengan semua parti komponen,” katanya.

Loke berkata, kestabilan politik bukan sekadar penting untuk memastikan pentadbiran kerajaan berjalan lancar, malah turut memberi kesan kepada keyakinan rakyat dan pelabur terhadap negara.

Beliau melihat mesyuarat Majlis Presiden PH sebagai ruang penting untuk membincangkan perkembangan politik semasa dan memperjelas pendirian gabungan itu.

Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 apabila tiada parti atau gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian. PH kemudian membentuk kerajaan bersama BN serta beberapa parti lain.

Berita berkaitan
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
3 jam lalu· Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
14 jam lalu· Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
14 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
3 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
3 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
11 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
11 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok