Rafizi Ramli.
Ketika desas-desus bakal berdepan tindakan disiplin kerana lantang, Rafizi Ramli sebaliknya berkata sebarang tindakan terhadapnya tidak akan berjaya menutupnya daripada terus bersuara.
Bekas timbalan presiden PKR itu berkata ia tidak akan menyelesaikan masalah yang dibangkitkan jika parti menggantungnya hanya kerana menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi meneliti isu pelantikan hakim-hakim kanan.
Sebaliknya, Rafizi berkata, tindakan disiplin hanya akan mencemarkan imej PKR, terutamanya kerana parti itu pernah menghadapi kritikan yang jauh lebih keras daripada ahlinya sendiri.
“Menggantung kami tidak menyelesaikan masalah kerana kami dibayar gaji oleh rakyat untuk bersuara bagi pihak mereka, jadi kami akan terus bersuara.
“Menggantung kami juga hanya memberi gambaran bahawa tidak ada ruang demokrasi dalam PKR, lebih-lebih lagi apabila ada Ahli Parlimen seperti (Pasir Gudang) Hassan Karim yang lebih teruk mengkritik Perdana Menteri sebelum ini, tetapi tidak ada tindakan pun,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.
Pada Nov tahun lalu, Hassan dirujuk ke Lembaga Disiplin PKR susulan kritikan terbukanya terhadap kerajaan, termasuk tindakan Putrajaya menganugerahkan pelaksanaan rangkaian 5G kedua kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd.
Baru-baru ini seramai 19 ketua cabang PKR Johor menuntut agar Rafizi dan lapan lagi yang senada dengannya digantung kerana melanggar disiplin parti apabila mengadakan sidang media untuk mendesak penubuhan RCI.
Sehari kemudian, 11 ketua cabang PKR Kedah turut menyokong gesaan itu.
Mereka mendakwa Rafizi dan lapan ahli parlimen terbabit melanggar kod etika keahlian PKR di bawah perkara 10.1 dan 10.2 Perlembagaan parti, khususnya kewajipan memelihara nama baik parti, mematuhi keputusan parti dan mengelak perbuatan sabotaj dalaman.
Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid
UMNO berpendirian sebarang program hiburan perlu ada batas: Zahid
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan