Notis RoS: Mahfuz bidas PAS salahkan kerajaan walhal PN sendiri ada konflik dalaman

3 jam lalu · Politik

Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar menyifatkan konflik dalaman Perikatan Nasional (PN) yang membawa kepada aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak wajar dikaitkan dengan kerajaan.

Beliau berkata, tindakan RoS mengeluarkan notis kepada PN bukan bermaksud pendaftaran gabungan itu sudah dibatalkan, sebaliknya memberi ruang untuk penjelasan berhubung aduan yang dikemukakan Bersatu.

Mahfuz mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang mendakwa agensi kerajaan digunakan untuk menindas pihak lawan serta memberi amaran pihak kerajaan hari ini mungkin berada di pihak pembangkang pada masa depan.

“Persoalannya mudah. Mengapa masalah pergaduhan dan perebutan dalaman PN yang disusuli aduan daripada Bersatu kepada RoS, tiba-tiba kerajaan pula dipersalahkan?” katanya dalam kenyataan media.

Menurut Mahfuz, RoS juga sudah menjelaskan notis berkenaan bukan keputusan membatalkan pendaftaran PN, manakala perintah penggantungan aktiviti dibuat mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Justeru, beliau berkata PN wajar menggunakan saluran undang-undang sekiranya merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Kalau PAS dan PN yakin mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, jawablah notis itu. Kemukakan penjelasan, dokumen dan bukti. Gunakan proses undang-undang yang tersedia,” katanya.

Mahfuz turut menyambut baik pendirian PN untuk menggunakan proses undang-undang bagi mencabar asas tindakan RoS, sambil menegaskan hak tersebut perlu dihormati.

Beliau pada masa sama mempersoalkan tindakan menjadikan kerajaan sebagai pihak yang dipersalahkan setiap kali berlaku masalah dalaman sesebuah organisasi.

“Yang membuat aduan ialah Bersatu. Yang diminta memberikan penjelasan ialah PN. Tetapi kerajaan pula yang dituduh menindas,” katanya.

Mahfuz menggunakan perumpamaan rumah yang retak untuk menggambarkan konflik tersebut.

“Ini seperti rumah sendiri yang retak, tetapi jiran pula dituduh memecahkan dinding. Jangan salahkan RoS kerana menunjukkan keretakan yang berlaku. Yang perlu diperbetulkan ialah masalah dalam rumah sendiri,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati prinsip kedaulatan undang-undang tanpa mengira kedudukan politik.

“Kalau benar yakin tidak bersalah, jawab notis. Kalau tidak bersetuju, cabar melalui undang-undang. Kalau ada bukti wujud konspirasi, bentangkan bukti,” katanya.

Mahfuz berkata persoalan berkaitan undang-undang tidak sepatutnya terus ditukar menjadi dakwaan penindasan politik sebelum proses berkaitan selesai.

“Jangan salahkan cermin kalau muka sendiri penuh dengan jerawat batu. Cermin tidak mencipta jerawat, cermin cuma menunjukkan apa yang ada,” katanya.

Berita berkaitan
RoS gantung PN: Bersatu dakwa perlembagaan dilanggar
September 25, 2026· Politik
Notis RoS: Bersatu mahu Perlembagaan PN dipatuhi, elak buat keputusan unilateral
3 jam lalu· Politik
Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya: Zahid
September 24, 2026· Politik
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
September 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
SPR bincang tarikh PRN Melaka 7 Oktober
September 25, 2026 · Politik
Denda RM50 juta: Najib belum buat bayaran, peguam nafi khabar angin
3 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Peguam tolak idea kawat duri, pengawal bersenjata
3 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: Aminuddin persoal tindakan Ismail tandatangan proklamasi
7 jam lalu · Politik
Rais Yatim hadapi pertuduhan hasutan berkait krisis takhta Negeri Sembilan
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok