Terjawab sudah siapa Ketua Hakim Negara baharu

July 18, 2025 · Politik

Selepas pelbagai khabar angin timbul berhubung pelantikan jawatan tertinggi mahkamah atasan, akhirnya malam tadi sudah terjawab apabila diumumkan nama Ketua Hakim Negara yang baharu dan jawatan kehakiman utama lain.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan semalam, mengumumkan pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Pelantikan itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja yang diperkenankan.

Jawatan Presiden Mahkamah Rayuan pula akan diisi oleh Abu Bakar Jais, sementara Azizah Nawawi akan menggalas tugas sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak menggantikan hakim yang bakal bersara.

“Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai 2025 di Istana Negara,” katanya.

Sebelum kerjaya kehakimannya, Wan Farid pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dalam negeri di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Wan Farid dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 2015 dan kemudiannya berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Tinggi dari 2019 hingga 2024. Sebelum menyertai badan kehakiman, Wan Ahmad Farid memegang pelbagai peranan politik, termasuk timbalan menteri dalam negeri dari Mac 2008 hingga April 2009, dan timbalan ketua UMNO Kuala Terengganu pada 2001.

Antara keputusannya yang mencuri tumpuan ialah tindakan menarik diri daripada mendengar permohonan untuk membenarkan Queen’s Counsel (QC) dari UK mewakili bekas perdana menteri Najib Razak dalam rayuan berhubung kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta. Wan Ahmad Farid ketika itu memetik konflik kepentingan, menyatakan bahawa seorang ahli keluarganya merupakan ahli parti politik Najib.

Pada 11 Mei 2023, dia memutuskan bahawa anak-anak kepada ibu tunggal Loh Siew Hong telah memeluk agama Islam secara sah di bawah undang-undang negeri Perlis, memetik afidavit daripada pihak berkuasa Islam negeri yang mengesahkan kanak-kanak itu telah membaca kalimah shahadah pada 2020.

Dalam satu lagi keputusan penting pada November 2023, Wan Ahmad Farid mengarahkan polis menyelesaikan siasatan mereka terhadap kematian Teoh Beng Hock pada 2009 dalam tempoh enam bulan, menganggap kelewatan dalam siasatan itu sebagai berlebihan. Dia sebelum itu juga membuat keputusan yang memihak kepada semakan kehakiman keluarga Teoh.

Berita berkaitan
PAS tiada sebab serah jawatan PM kepada UMNO – Kadir Jasin
November 16, 2026· Politik
Zahid takut hilang jawatan menteri jika Kabinet dirombak: Puad
November 11, 2026· Politik
Had tempoh PM, asing peranan AG dibincang dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja
October 15, 2026· Isu semasa
Fahmi: Jawatan menteri amanah, bukan cari kekayaan
October 3, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Hujah Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib didengar 17 Mac 2027
6 jam lalu · Politik
Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan
6 jam lalu · Politik
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
6 jam lalu · Politik
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
9 jam lalu · Politik
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok