Adendum: Kenapa Ketua UMNO Bahagian bermesyuarat ketika Zahid di luar negara?

July 18, 2025 · Politik

Semalam berlangsung pertemuan ketua-ketua UMNO Bahagian di sebuah hotel bagi membincangkan isu titah adendum terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak.

Anehnya, mesyuarat malam tadi itu berlangsung tanpa kehadiran Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi yang diketahui sedang dalam lawatan kerja di luar negara dan masih belum pulang.

Kumpulan ketua bahagian itu kemudiaannya mendesak Zahid mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membincangkan pelaksanaan tahanan dalam rumah kepada Najib.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Mohd Shafei Abdullah, berkata pemimpin bahagian tidak akan berdiam diri sekiranya titah adendum itu tidak dilaksanakan oleh Anwar.

“Saya mewakili 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara yang menghadiri perjumpaan tertutup ini, manakala 15 lagi tidak hadir.

“Perjumpaan khas ini diadakan atas semangat memperkukuhkan kerja untuk Presiden yang terdahulu, kini dan selamanya, termasuk usaha memastikan titah adendum itu dilaksanakan segera.

“Namun jika Titah Adendum itu tidak dilaksanakan oleh Perdana Menteri, kami tidak akan berdiam diri. Kami akan ‘menyeberangi jambatan’ apabila tiba masanya (we cross the bridge when we come to it),” katanya pada sidang media selepas Perjumpaan Khas Ketua-ketua UMNO Bahagian.

Antara yang hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Mohd Nazifuddin Najib; Ahmad Bashah Md Hanipah (Alor Setar); Suraya Yaacob (Pendang); Jamil Khir Baharom (Jerai); ohan Abdul Aziz (Hulu Langat); dan Ahmad Said (Kemaman).

Mengulas lanjut, Mohd Shafei menekankan bahawa fakta mengenai kewujudan titah itu sudah disahkan secara rasmi oleh Istana Pahang melalui surat bertarikh 4 Januari lalu, selain turut diputuskan sebagai sah oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Januari 2025.

“Namun, amat mendukacitakan apabila titah itu disorok lebih setahun oleh bekas Peguam Negara, yang jelas menafikan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan mencemarkan institusi diraja,” dakwanya.

Berikutan itu, katanya, Ketua-ketua UMNO Bahagian sebulat suara bersetuju mendesak kerajaan segera melaksanakan tiga keputusan utama dalam mempertahankan keadilan dan institusi diraja.

Beliau berkata, isu itu bukan sekadar membabitkan nasib seorang individu, sebaliknya membabitkan soal kedaulatan undang-undang dan penghormatan terhadap institusi diraja yang wajib dipertahankan.

Mohd Shafei sekali gus menzahirkan keyakinan bahawa Perdana Menteri akan mengambil tindakan sewajarnya dalam masa terdekat untuk menghormati titah adendum itu dan mengelakkan ketegangan politik.

Mengulas mengenai kenyataan Lim Lip Eng yang didakwa mempersendakan titah itu pula, Mohd Shafei berkata, ia hanya pandangan peribadi Ahli Parlimen Kepong itu dan tidak mencerminkan pendirian parti dalam kerajaan perpaduan.

“Kita mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan segera… kalau boleh semalam,” katanya.

Berita berkaitan
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
4 jam lalu· Politik
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
5 jam lalu· Politik
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
7 jam lalu· Politik
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
8 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
8 jam lalu · Politik
Kamil nafi beri layanan seperti ‘lembu’ didakwa Akmal
8 jam lalu · Politik
UMNO Negeri Sembilan minta sidang DUN disegerakan
8 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: Tony Pua dakwa UMNO main ‘tebuk atap’ dan tamak
8 jam lalu · Politik
Wanita PKR bidas tindakan 14 ADUN UMNO cetus krisis di Negeri Sembilan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok