PH sedia solo jika tiada kerjasama di Melaka: Amirudin

October 3, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan harapan tinggi untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Barisan Nasional (BN), bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari berkata, PH bagaimanapun masih membuka ruang rundingan dengan mana-mana parti, namun pada masa sama bersedia bergerak solo sekiranya tiada kesepakatan dicapai.

Menurutnya, perkembangan rundingan antara PAS dan UMNO yang dilaporkan sudah mencapai 90 peratus tidak menjadi urusan PH dan pihaknya menyerahkan keputusan itu kepada kedua-dua parti berkenaan.

“Semalam katanya baru 90 peratus, ada lagi 10 peratus. 10 peratus itu macam-macam boleh jadi. Saya tak mahu campur urusan mereka. Biar mereka buat keputusan itu.

“Kita terbuka kalau ada ruang perbincangan, kita berbincang. Kalau tidak, kita juga bersedia untuk bertanding mengikut kapasiti dan fahaman yang ada,” katanya selepas Majlis Pelancaran Program Tuaian Anak Harapan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) (Tuah), hari ini.

Sebelum ini, laporan media menyebut rundingan PAS dan UMNO bagi menghadapi PRN Melaka semakin hampir mencapai kata sepakat, dengan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti dilaporkan sudah mencapai 90 peratus.

PAS turut dilaporkan bersedia menggunakan logo BN dalam PRN Melaka sekiranya pendekatan itu dapat memuktamadkan kerjasama antara kedua-dua parti.

Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR berkata PH tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan Parti Bersatu bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Katanya, perkembangan politik semasa masih berubah-ubah dan keputusan mengenai bentuk kerjasama mungkin hanya dapat dilihat dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang.

“Kita sedang melihat kebarangkalian itu dan mungkin dalam tempoh tertentu, minggu hadapan atau satu dua minggu lagi kita akan dapat lihat. Kadang-kadang parti politik begitu, berunding, berbincang tetapi tak selesai.

“Sampailah pada hari pengumuman calon dibuat nanti barulah selesai. Itu biasa sebab sekarang suasana politik sangat cair dan masing-masing sedang mencari solusi untuk mendapatkan keputusan terbaik,” katanya.

PRN Melaka kini menjadi tumpuan selepas parti-parti politik mula memperkemas strategi, termasuk rundingan pembahagian kerusi dan bentuk kerjasama menjelang penetapan tarikh pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berita berkaitan
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
4 jam lalu· Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
12 jam lalu· Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
13 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
11 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
11 jam lalu · Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
17 jam lalu · Politik
Isu mafia korporat: NGO persoal motif serangan Rafizi
17 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN tanding 21 kerusi, DUN beri PAS tujuh
October 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok