Razali tegaskan masih ahli Bersatu

October 3, 2026 · Politik

Razali Idris menegaskan beliau masih ahli Parti Bersatu meskipun melepaskan semua jawatan kepimpinan yang disandang dalam parti itu.

Beliau berkata, keputusan pada 1 Oktober lalu hanya membabitkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Marang dan ahli Badan Pimpinan Negeri, bukan keahlian parti.

“Sekarang saya ahli biasa Bersatu. Saya tidak pernah hantar surat untuk keluar parti, cuma meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Marang. Itu sahaja,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Razali berkata, selepas kira-kira 10 tahun terlibat dalam kepimpinan Bersatu, beliau kini sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk menyertai ‘wadah baharu’, namun belum membuat sebarang keputusan.

“Saya ada fikir, cuma keputusan buat masa sekarang belum lagi. Saya masih ahli biasa dan bukan pimpinan,” katanya.

Menurutnya, status sebagai ahli Bersatu membolehkannya terus menegur parti sekiranya terdapat keputusan atau tindakan yang dianggap tidak wajar.

“Kalau parti saya membuat kesalahan yang berat, saya mahu kritik lagi. Saya pengasas parti dan daripada mula bersama parti, jadi saya rasa bertanggungjawab,” katanya.

Mengulas isu bayaran atau tindakan terhadap ahli yang meninggalkan Bersatu, Razali berkata perkara itu perlu dilihat berdasarkan syarat parti, termasuk kewajipan mematuhi arahan yang tidak bercanggah dengan agama.

“Kalau bercanggah dengan agama, kita tidak boleh ikut. Jadi bagi saya, perkara berkaitan bayaran itu perlu dilihat dalam konteks tersebut,” katanya.

Razali turut mendakwa terdapat pihak tertentu yang cuba mendesaknya keluar daripada Bersatu sebelum tindakan boleh dikenakan terhadapnya.

“Saya belum keluar lagi tetapi sudah dihukum atau dihakimi seperti saya sudah keluar,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Razali berpandangan hubungan Bersatu dan PAS perlu dipertahankan bagi mengelakkan perpecahan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Saya mahu Bersatu dan PAS terus bersama. Saya sudah berusaha sekian lama mencari jalan penyelesaian, tetapi belum berjaya,” katanya.

Beliau sebelum ini merupakan antara tokoh kepimpinan Bersatu Terengganu dan pernah memegang beberapa jawatan dalam parti itu sejak penubuhannya.

Berita berkaitan
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
13 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
18 jam lalu· Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
18 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN tanding 21 kerusi, DUN beri PAS tujuh
October 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
5 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
12 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
13 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
14 jam lalu · Politik
Isu mafia korporat: NGO persoal motif serangan Rafizi
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok