Tuan Ibrahim Tuan Man.
Wujud pertemuan dengan pemimpin UMNO dengan Perikatan Nasional (PN) tetapi ia diadakan secara senyap-senyap, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan Presiden PAS itu mengesahkan sememangnya wujud pertemuan dengan wakil rakyat UMNO dan menyifatkan ia melibatkan perbincangan mengenai masa depan negara.
“Senyap-senyap adalah, ada kawan-kawan, yalah…masing-masing pun jumpa. Bagi kita, terbuka kalau ada rakan-rakan daripada UMNO yang ingin bersama, saya fikir itu untuk masa depan negara.
“Mungkin kalau kita rasa duduk di tempat yang tak betul, kita kena betulkan tempat duduk. Kalau duduk di kapal yang tenggelam baik pindah ke kapal baharu,” katanya selepas ditanya media berhubung sama ada wujud pertemuan dengan UMNO.
Tuan Ibrahim terdahulu menghadiri Muktamar Dewan Pemuda PAS Selangor hari ini.
Dalam isu pertemuan dengan wakil pembangkang sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata tiada pertikaian timbul walaupun tanpa kehadiran PAS dalam mesyuarat baru-baru ini.
Mengakui PAS ada menerima jemputan, yang mana hanya presiden parti yang diundang, beliau turut mengesahkan tiada wakil daripada PAS yang hadir pada pertemuan itu.
“Saya sendiri pun tak dapat (jemputan)…kebetulan presiden ada program yang lebih awal. Presiden cuba untuk hadirkan saya tetapi saya juga ada program selain itu tarikh (jemputan) juga singkat.
“Pertemuan itu saya kira positif, bagi PAS (tidak hadir) tak ada (masalah) sebab isunya pertemuan itu untuk membincang dan menyelaraskan isu-isu yang dipilih (dihadapi) rakyat.
“Pendekatan kita supaya kita ada strategi yang sama. Jadi, (Tan Sri) Muhyiddin pun maklum perbincangan itu akan dibawa ke Majlis Presiden (Perikatan Nasional) untuk diperhalusi, saya rasa ini permulaan yang baik,” katanya lagi.
Kamil nafi beri layanan seperti ‘lembu’ didakwa Akmal
UMNO Negeri Sembilan minta sidang DUN disegerakan
Krisis Negeri Sembilan: Tony Pua dakwa UMNO main ‘tebuk atap’ dan tamak
Wanita PKR bidas tindakan 14 ADUN UMNO cetus krisis di Negeri Sembilan
Saman fitnah: Pengarah Strategi Pemuda PAS Perak diarah bayar RM250,000
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan