Jerebu: KPM tutup sekolah di lapan PPD Selangor

October 15, 2026 · Isu semasa

Semua sekolah di bawah lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor ditutup esok susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, penutupan pada 16 Oktober itu membabitkan PPD Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling Perdana dan Petaling Utama.

“Jerebu di Selangor: Semua sekolah di bawah PPD Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling Perdana dan Petaling Utama ditutup pada 16 Oktober 2026,” katanya menerusi Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, sebanyak 34 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Klang merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 195, diikuti Johan Setia (192), Shah Alam (180), Banting (174), Petaling Jaya (169) dan Kuala Selangor (161).

Johor turut terjejas dengan lapan kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat, manakala Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak dan Pahang turut merekodkan keadaan sama.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.

Ibu bapa dan penjaga disaran mengikuti pengumuman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai operasi sekolah sepanjang tempoh jerebu.

Berita berkaitan
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
October 23, 2026· Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
2 jam lalu· Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
23 jam lalu· Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
October 23, 2026 · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
October 23, 2026 · Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
3 jam lalu · Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
3 jam lalu · Isu semasa
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok