24 kawasan catat IPU tidak sihat, Johor tertinggi

October 17, 2026 · Isu semasa

ebanyak 24 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 196.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan di Johor turut melaporkan IPU tidak sihat, iaitu Larkin dengan 177, Pengerang (174), Kota Tinggi (172), Batu Pahat (170), Tangkak (168) dan Segamat (161).

Di Negeri Sembilan, Nilai merekodkan bacaan IPU 173, Seremban (172) dan Port Dickson (157), manakala di Selangor, Klang dengan bacaan 171, Johan Setia (170), Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing 169, serta Banting (153).

Bacaan IPU tidak sihat turut dilaporkan di tiga kawasan di Melaka, iaitu Bandaraya Melaka (169), Bukit Rambai (166) dan Alor Gajah (165) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan kawasan Cheras (162) dan Batu Muda (159), manakala Putrajaya mencatat bacaan 162.

Di Sabah, Sandakan merekodkan bacaan IPU 156 dan Tawau (150), manakala Kluang di Johor mencatat bacaan 159.

Sebanyak 43 kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala satu kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Berita berkaitan
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
22 jam lalu· Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
October 22, 2026· Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
October 22, 2026· Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
October 24, 2026 · Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026 · Isu semasa
Kes scam: Tawaran komisen RM1,200, wanita rugi RM72,467
1 jam lalu · Isu semasa
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
17 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok