Kemelut Negeri Sembilan: Zahid minta ADUN BN tidak campur urusan diraja

October 19, 2026 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Negeri Sembilan supaya tidak mencampuri urusan berkaitan institusi diraja dan undang-undang negeri ketika krisis politik negeri itu masih belum reda.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri itu meminta semua wakil rakyat BN memberikan tumpuan kepada kebajikan rakyat serta memastikan pentadbiran negeri terus berfungsi seperti biasa.

“Nasihat saya pada ADUN-ADUN kita (BN) supaya tidak lagi campur tangan dalam soal berkaitan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan dan juga institusi-institusi diraja.

“Kita tumpukan memberikan perkhidmatan kerana wakil-wakil rakyat dipilih oleh rakyat, mandat telah diberikan,” katanya selepas melancarkan Road Safety Congress 2026 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Teguran Zahid itu hadir ketika kemelut politik Negeri Sembilan turut mencetuskan perhatian terhadap hubungan antara wakil rakyat dengan institusi diraja negeri, khususnya susulan teguran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir terhadap Ismail Lasim.

Perkembangan itu menambah perhatian terhadap keperluan semua pihak menghormati kedudukan institusi diraja serta peruntukan undang-undang negeri ketika berdepan pertikaian politik.

Dalam pada itu, Zahid berkata, kerajaan Negeri Sembilan sedang menyediakan draf Belanjawan Negeri 2027 meskipun barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) masih belum dibentuk ketika ini.

Menurutnya, keutamaan perlu diberikan kepada kepentingan rakyat dan penyelesaian masalah yang dihadapi mereka, tanpa membiarkan kemelut politik menjejaskan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

“Yang penting, sebarang permasalahan yang berlaku, keutamaan hendaklah diberikan kepada menyantuni dan menangani permasalahan rakyat,” katanya.

Beliau turut berharap kerjasama antara kerajaan negeri dengan 11 ADUN yang tidak bersama kerajaan negeri dapat diteruskan bagi mengelakkan pentadbiran Negeri Sembilan tergantung.

Katanya, jentera kerajaan perlu terus berfungsi seperti biasa supaya urusan rakyat tidak terjejas akibat perkembangan politik semasa.

Mengulas persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Zahid berkata beliau sudah meneliti perkara itu dan meminta Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh mengumumkan keputusan berkaitan kerjasama politik dalam masa terdekat.

Berita berkaitan
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
October 25, 2026· Isu semasa
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
October 25, 2026· Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
October 24, 2026· Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
October 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
6 jam lalu · Politik
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
8 jam lalu · Politik
MCA tidak puas hati, dakwa UMNO ketepikan rundingan kerusi di Melaka: Laporan
8 jam lalu · Politik
Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua
8 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini, SPR tentukan tarikh PRN
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok