Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih

October 24, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) kekal dengan keputusan memperuntukkan tujuh kerusi yang tidak ditandinginya kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, meskipun terdapat usaha untuk mendapatkan tambahan kerusi.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu sudah dipersetujui menerusi perjanjian bersama dan BN akan berpegang pada ketetapan berkenaan.

Beliau berkata, tujuh kerusi berkenaan diserahkan kepada PN untuk diagihkan antara parti yang membentuk gabungan itu.

“Saya dengar ada usaha-usaha pengintaian itu, tetapi kita sudah ada bai’ah, perjanjian untuk memberikan peluang kepada mereka merangkul tujuh kerusi yang tidak ditandingi BN.

“Kita serahkan untuk pengagihan antara parti gabungan dalam PN. Setakat ini, itulah yang diputuskan dan kita pegang apa dipersetujui bersama,” katanya Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Ulul Albab hari ini.

Kenyataan itu menyusul harapan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan semalam mahu rundingan diadakan bagi mendapatkan tambahan satu atau dua kerusi, selain tujuh kerusi yang diumumkan sebelum ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mengesahkan rundingan persefahaman politik antara BN dan PAS bagi menghadapi PRN Melaka sudah dimuktamadkan.

Berdasarkan persetujuan itu, BN akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala tujuh kerusi lagi diperuntukkan kepada PAS dan rakan politiknya dalam PN.

PRN Melaka ke-16 bakal menjadi medan penting bagi parti-parti politik menguji kekuatan masing-masing, selain menentukan hala tuju pentadbiran negeri untuk penggal seterusnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, 10 November bagi pengundian awal dan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
6 jam lalu· Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
6 jam lalu· Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
6 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
October 25, 2026 · Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
21 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
21 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
21 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok