Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi.
Mohd Puad Zarkashi mendakwa tindakan BN meletakkan calon di Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan gabungan itu menolak Wawasan, sekali gus memberi isyarat kemungkinan BN bertanding di semua 19 kerusi Parlimen milik Wawasan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, tindakan berkenaan turut menunjukkan kerjasama BN dan PAS belum tentu menjamin kestabilan politik Melayu serta negara.
“BN meletakkan calon di Sungai Udang membuktikan BN menolak Wawasan. Itu juga signal iaitu di PRU16 nanti BN akan letak calon di kesemua 19 kerusi Parlimen milik Wawasan,” katanya dalam kenyataan media.
Puad turut mendakwa PAS akan terus mempertahankan Wawasan, sebagaimana parti itu mempertahankan Bersatu ketika Perikatan Nasional (PN) mula ditubuhkan.
Menurutnya, PAS tidak akan membiarkan BN menjadi dominan dalam kerjasama politik Melayu, selain mempunyai perancangan tersendiri menjelang PRU16.
“PAS sudah pasti mempertahankan Wawasan sepertimana PAS pertahan Bersatu di peringkat awal penubuhan PN. PAS tidak akan biarkan BN jadi dominan,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan jaminan kerjasama BN-PAS mampu menjamin kestabilan politik, termasuk kemungkinan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menjadi Perdana Menteri.
“Kerjasama BN-PAS belum menjamin kestabilan politik Melayu dan negara. Dan belum tentu Zahid boleh jadi Perdana Menteri. PAS ada perancangan lain,” katanya.
Puad turut mendakwa PAS belum bersedia untuk dipaksa berada di satu pentas bersama UMNO, sekali gus memberi gambaran hubungan kedua-dua parti masih berdepan cabaran meskipun terdapat usaha memperkukuh kerjasama politik Melayu.
PRN Melaka dijangka menjadi medan penting untuk menguji hubungan antara parti-parti politik, khususnya BN, PH dan PN, dalam menentukan strategi serta pembahagian kerusi.
Melaka mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan BN sebelum ini memenangi 21 kerusi pada PRN 2021, manakala PH memperoleh lima kerusi dan PN dua kerusi.
Keputusan PRN Melaka sebelum ini menyaksikan BN kembali menguasai kerajaan negeri dengan majoriti besar, sekali gus memberi tekanan kepada parti-parti pembangkang untuk menyusun strategi lebih berkesan.
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum