Saifuddin Nasution mengulas berhubung isu Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Rafizi Ramli diminta tidak memikirkan perihal perkara lain, sebaliknya memberi tumpuan terhadap kempen pemilihan PKR 2025.
Bekas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyuarakan nasihat kepada Rafizi ekoran kenyataan melibatkan langkah kerajaan negeri Sarawak yang menyekat kemasukkannya boleh menimbulkan ketegangan dengan rakan kongsi dalam kerajaan perpaduan.
“Saya fikir kita selesaikan dahulu kempen mengikut peraturan. Terangkan mengenai trek rekod kita dan visi menguatkan parti.
“Jangan fikir sama ada kita akan disekat dan sebagainya. Rafizi sahabat karib saya dan hampir setiap hari kami bercakap melalui telefon. Jadi, sekalipun sahabat karib, sudah menjadi kewajipan saya untuk menyampaikan pesan bahawa fokus kepada kempen kerana pemilihan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, ” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Peluncuran Batalion 21 Pasukan Gerakan Am (PGA) Keningau, Batalion 22 PGA Kunak dan Batalion 23 PGA Sri Aman di PGA Briged Sabah, hari ini.
Turut hadir, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun.
Pada Sabtu lalu, Rafizi ketika berucap sempena program Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) di Kuching, membayangkan dirinya mungkin akan kembali tidak dibenarkan masuk ke Sarawak jika tiada lagi berjawatan dalam kerajaan dan parti termasuk sebagai Timbalan Presiden PKR kelak.
Rafizi memaklumkan, sebelum dilantik menteri dalam Kerajaan Perpaduan, beliau sudah biasa dilarang memasuki Sarawak.
Susulan itu, beliau berkata, tidak mustahil larangan berkenaan akan dilaksanakan semula jika beliau tidak lagi memegang jawatan dalam parti dan Kabinet.
Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau yakin Sarawak hari ini adalah rakan strategik penting dalam menyumbang kepada kestabilan politik dalam negara.
“Seperti saya sebut tadi, antara kayu ukur Global Peace Index yang memberi wajaran besar adalah kestabilan politik.
“Jadi Sarawak adalah negeri yang mesra. Saya fikir tidak perlu kita beri kenyataan atau tindakan awal sebelum sesuatu perkara itu berlaku,” katanya.
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
Bukankah FELDA diurus Pengerusi dan Menteri UMNO? DAPSY persoal dakwaan MB Johor
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar