Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah.
Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak menganggap kritikan dan kecaman di media sosial terhadap dirinya sebagai satu bentuk pembulian siber.
Sebaliknya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, setiap individu yang memilih untuk menceburi bidang politik perlu bersedia berhadapan dengan pelbagai tekanan, termasuk kritikan daripada masyarakat.
Menurutnya, perkara itu merupakan lumrah dalam dunia politik dan tidak sepatutnya dianggap sebagai pembulian hanya kerana seseorang calon itu masih muda.
“Kita tak boleh kata benda itu pembulian sebab kita sendiri yang mengambil risiko untuk masuk dalam medan politik ini.
“Jadi, perkara itu kita kena bersedia. Tekanan memang kita jangka. Siapa sahaja ahli politik di Malaysia ini yang tidak pernah kena kecam atau dikritik?” katanya mengulas reaksi negatif yang diterimanya di media sosial susulan penyertaannya sebagai calon muda mewakili PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Mukhlis berkata, beliau memilih untuk mengambil kritikan, nasihat dan pandangan masyarakat secara positif, manakala komen berbentuk tohmahan tidak perlu diberikan perhatian berlebihan.
Katanya, sebagai calon daripada generasi Z (Gen-Z), beliau mungkin berdepan tekanan lebih besar berbanding calon lain, namun perkara itu tidak seharusnya mengalih perhatian daripada matlamat utamanya untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Orang nak kritik apa terpulang, tapi bagi saya yang paling penting adalah warga DUN Kuala Linggi itu sendiri.
“Apa yang penting, kita fokus pada kerja kita nak bantu rakyat, turun padang dan mendapatkan hati pengundi,” katanya.
Mengulas penerimaan penduduk setempat, Mukhlis berkata, sambutan diterima ketika turun bertemu masyarakat di Kuala Linggi memberikan semangat untuk meneruskan kempen.
Beliau turut menyifatkan penduduk kawasan itu sebagai terbuka menerima kehadiran calon muda yang mahu membawa suara generasi baharu dalam politik negeri.
“Orang Kuala Linggi sangat meraikan. Mereka mahu suara anak muda bekerja dan membawa perubahan.
“Mereka yang kritik itu, mungkin kebanyakan orang luar, itu hak mereka. Asalkan orang Kuala Linggi meraikan kita, itu sudah cukup,” katanya.
PRN Melaka kali ini turut menyaksikan penyertaan calon daripada generasi muda yang membawa pendekatan dan perspektif baharu dalam persaingan politik negeri.
Kehadiran calon Gen-Z juga menjadi perhatian, khususnya dari segi kemampuan mereka mendekati pengundi muda serta membuktikan keupayaan menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Kes rasuah kuota pekerja asing Saravanan dibicarakan Mac depan
Armada Bersatu gesa kaji semula pemberhentian hampir 100 pekerja Utusan, Kosmo!
Kes hasutan Muhyiddin: Perbicaraan ditangguh, representasi baharu dikemuka
MP DAP persoal AGC berhubung status laporan terhadap MB Negeri Sembilan
PRN Melaka: PH desak projek terbengkalai didedahkan, gesa siasatan
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum