Anwar tegur Hadi jangan permainkan agama, sedia dedah kandungan CSA

November 5, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersedia mendedahkan kandungan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Madani dengan Parti Bersatu serta beberapa Ahli Parlimen Bebas, susulan gesaan Perikatan Nasional (PN) supaya perjanjian itu dibuka kepada umum.

Anwar berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang alasan untuk merahsiakan perjanjian berkenaan kerana kandungannya tidak melibatkan perkara yang perlu disembunyikan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu akan dibawa kepada perhatian Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof yang bertanggungjawab menguruskan perjanjian berkenaan, dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Saya tiada keberatan mendedahkannya, malah draf dan prinsip perjanjian itu pun sama sahaja seperti perjanjian antara PH bersama kerajaan ketika itu yang dianggotai PAS, Bersatu dan UMNO.

“Malah, yang mengemukakan cadangan perjanjian itu dulu pun parti dia (PAS), tetapi sekarang dia pertikai,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2026 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), hari ini.

Anwar turut mempersoalkan tindakan pemimpin PAS yang membangkitkan isu berkenaan sedangkan cadangan asal pelaksanaan perjanjian seumpama itu pernah dikemukakan oleh parti berkenaan ketika berada dalam kerajaan sebelum ini.

Mengulas tindakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menyifatkan CSA sebagai pendekatan ‘dajal’, Anwar menyifatkan penggunaan istilah sedemikian sebagai tidak wajar, khususnya apabila melibatkan perbezaan pandangan politik.

“Tan Sri Hadi itu orang alim, sepatutnya kenyataan-kenyataan dia lebih terkawal. Untuk menghukum orang atau kumpulan atau pendirian sebagai dajal, itu tidak kena,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan pendekatan yang menggunakan label berbeza terhadap sesuatu tindakan bergantung kepada pihak yang melaksanakannya.

“Jadi macam mana sekarang ini, bila dia buat, tak dajal, bila orang buat, jadi dajal. Ini masalah dia. Saya tidak fikir agama boleh dipermainkan seperti itu,” katanya.

Untuk rekod, Kerajaan Madani memeterai CSA pada 29 Oktober lalu dengan enam Ahli Parlimen Bersatu yang diketuai Presidennya, Muhyiddin Yassin serta tujuh wakil rakyat lain, termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perjanjian seumpama itu bertujuan memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan dan kelangsungan sokongan di Parlimen bagi membolehkan dasar serta agenda pembangunan negara dilaksanakan.

Gesaan mendedahkan kandungan CSA timbul selepas Ketua Whip PN merangkap Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan meminta kerajaan menjelaskan secara terbuka terma dan syarat perjanjian berkenaan.

Berita berkaitan
CSA jadi Dajal apabila PAS jadi pembangkang? Mahfuz persoal Hadi
November 5, 2026· Politik
Daiso labur RM1.2 bilion, bina hab pengedaran terbesar dunia di Malaysia: PMX
4 jam lalu· Isu semasa
Pemimpin PKR kecam Hadi kaitkan CSA dengan pendekatan Dajal
6 jam lalu· Politik
CSA: PH Melaka bidas Hadi, gesa hentikan politik melabel cetus perpecahan
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Azman mahu anak muda Paya Rumput kerja dekat kampung sendiri
6 jam lalu · Politik
Isu MOF-KKDW: Anwar tegaskan perbezaan pandangan bukan tanda perpecahan
8 jam lalu · Politik
Zaliha cabar PAS bahas kandungan CSA, bukan main sentimen agama
November 4, 2026 · Politik
CSA bukan Dajal ketika PAS berkuasa, Mahfuz bidas Hadi
November 4, 2026 · Politik
Ibu Nizar Najib kritikal, mohon doa orang ramai
November 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok