Anwar: Terlalu awal bincang rombakan Kabinet

November 10, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan masih terlalu awal untuk membincangkan kemungkinan rombakan Kabinet ketika ini, susulan spekulasi mengenai perubahan beberapa jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, setakat ini dirinya belum mengetahui sebarang perkembangan atau keputusan berkaitan perkara itu.

“Awal lagi, saya tak tahu mengenai rombakan (Kabinet),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Mengulas mengenai tempoh pelantikan Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara yang dijadual berakhir pada 11 Disember ini, Anwar berkata, beliau juga belum menerima sebarang makluman mengenai perkara berkenaan.

“Yakah (tempoh tamat pelantikan Amir Hamzah)? Beliau belum beritahu apa-apa,” katanya ringkas.

Sebelum ini, timbul laporan mengenai kemungkinan berlaku perubahan dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan dalam masa terdekat susulan dua perkembangan yang dikaitkan dengan kedudukan anggota pentadbiran.

Antara yang menjadi perhatian ialah kedudukan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, susulan keputusan DAP menolak pengampunan bersyarat bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Laporan sebelum ini turut menyebut kemungkinan Anthony melepaskan jawatan berkenaan sebagai sebahagian daripada perkembangan politik susulan keputusan parti itu.

Selain itu, tempoh pelantikan Amir Hamzah sebagai senator turut menjadi perhatian memandangkan beliau perlu mendapatkan pelantikan semula sebagai Ahli Dewan Negara sekiranya mahu terus menganggotai Kabinet.

Bagaimanapun, perkembangan berkenaan masih belum disahkan secara rasmi oleh Perdana Menteri.

Spekulasi rombakan Kabinet turut mendapat perhatian ketika Kerajaan Perpaduan memasuki fasa penting dalam memastikan kestabilan pentadbiran, selain meneruskan pelaksanaan agenda ekonomi dan reformasi kerajaan.

Buat masa ini, kenyataan Anwar menunjukkan tiada sebarang keputusan rasmi mengenai perubahan barisan menteri diumumkan.

Berita berkaitan
Anwar arah bantuan segera kepada keluarga anggota polis maut
6 jam lalu· Isu semasa
Ahmad Maslan patut letak jawatan, gesa Rayer
13 jam lalu· Politik
Politik identiti perlu bina keyakinan, bukan cetus kebencian: Prof Mohd Afandi
13 jam lalu· Isu semasa
Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
November 16, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
AMK: Pantun Ahmad Maslan biadab, patut letak jawatan terus
6 jam lalu · Politik
Tuanku Muhriz terima menghadap Ismail Lasim: Bernama
7 jam lalu · Politik
Mahfuz persoal BN umum peletakan jawatan Ismail sebelum Istana sahkan
13 jam lalu · Politik
Jalaluddin Alias hangat disebut bakal jadi MB Negeri Sembilan: Laporan
17 jam lalu · Politik
Istana Negeri Sembilan belum sahkan surat peletakan jawatan Ismail Lasim
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
4 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 17 Nov – Ismail letak jawatan, kerajaan Madani stabil dan lawatan Macron
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok