Malaysia kekal kerusi Majlis ITU, raih 145 undi

7 jam lalu · Isu semasa

Malaysia berjaya mempertahankan kerusi dalam Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2027 hingga 2030 selepas memperoleh 145 undi dalam pemilihan sempena Persidangan Plenipotensiari ITU 2026 (PP-26) di sini, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia terus memainkan peranan dalam menentukan hala tuju pembangunan sektor telekomunikasi dan digital di peringkat antarabangsa.

Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi, Mano Verabathran berkata, kejayaan mengekalkan kerusi berkenaan amat bermakna kerana Malaysia dapat terus menyuarakan pandangan serta berkongsi pengalaman dengan negara anggota lain.

“Keberhasilan mengekalkan kerusi dengan meraih 145 undi ini membuka ruang lebih luas untuk Malaysia menyumbang kepada perkembangan sektor telekomunikasi dan digital global.

“Yang penting, kita mempunyai suara pada peringkat antarabangsa dan dapat berkongsi pengalaman dengan negara lain supaya kita boleh belajar bersama-sama,” katanya selepas pengumuman keputusan pemilihan anggota Majlis ITU di sini.

Beliau berkata, Malaysia akan memberi tumpuan kepada dua agenda utama sepanjang penggal empat tahun itu, iaitu memperkukuh kesalingoperasian serta membina kepercayaan dalam ekosistem digital.

Menurutnya, kedua-dua aspek berkenaan penting bagi memastikan pembangunan teknologi digital global dapat dilaksanakan secara lebih selamat, inklusif dan berkesan.

Malaysia juga bersedia berkongsi pengalaman serta kejayaan pelaksanaan inisiatif domestik seperti program Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk dijadikan rujukan negara anggota ITU yang lain.

Mano turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Abdul Halim Hamzah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Luar serta Kedutaan Besar Malaysia di Doha atas usaha mempertahankan kerusi berkenaan.

Beliau turut menghargai sokongan syarikat telekomunikasi tempatan yang membantu menjayakan kempen pencalonan Malaysia.

Untuk rekod, Malaysia menjadi anggota ITU sejak 1958 dan terus terlibat secara aktif dalam usaha memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam bidang telekomunikasi serta memperluas keterangkuman digital.

Pengekalan kerusi itu juga memberi peluang kepada Malaysia untuk terus memperjuangkan kepentingan negara membangun dalam perbincangan berkaitan dasar, standard dan pembangunan teknologi komunikasi global. – Bernama

Berita berkaitan
PH bedah keputusan PRN Melaka minggu depan, teliti aspek persediaan jentera
November 15, 2026· Politik
WhatsApp mungkin diwajibkan sahkan nombor telefon pengguna: Fahmi
November 15, 2026· Isu semasa
Fahmi: Penantian 10 tahun penduduk Sri Pahang hampir berakhir, bakal miliki rumah baharu
November 14, 2026· Isu semasa
Ancaman siber semakin serius, Malaysia perlu bersedia
November 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
1 jam lalu · Isu semasa
KWSP raih RM83.32 bilion hasil pelaburan dalam sembilan bulan
10 jam lalu · Isu semasa
Tipu selebriti urusan hartanah, lelaki dipenjara setahun dan dua sebatan
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar ke Shenzhen, bakal temui Xi Jinping semasa APEC
11 jam lalu · Isu semasa
PMKS berpeluang tembusi pasaran China menerusi ACFTA 3.0: PMX
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
10 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok