Mahfuz persoal BN umum peletakan jawatan Ismail sebelum Istana sahkan

11 jam lalu · Politik

Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan Barisan Nasional (BN) mengumumkan peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, sebelum Istana Negeri mengesahkan ketulenan surat peletakan jawatan berkenaan.

Naib Presiden Parti Amanah itu berkata, tindakan Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, mengumumkan perkara itu pada pukul 10 malam, 16 November lalu menimbulkan persoalan mengenai peranan parti politik dalam urusan pentadbiran negeri yang mempunyai institusi Raja Berperlembagaan.

Menurutnya, kenyataan Istana Negeri Sembilan pada 17 November menjelaskan surat peletakan jawatan Ismail hanya diterima di Istana Hinggap pada pukul 12.16 tengah malam dan ketulenannya masih belum disahkan.

Malah, Istana turut memaklumkan perkenan untuk Ismail menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 20 November telah disampaikan melalui WhatsApp pada pukul 8.38 malam, kira-kira 80 minit sebelum pengumuman BN dibuat.

“Mengapa BN begitu tergesa-gesa mengumumkan peletakan jawatan Menteri Besar sedangkan Istana sendiri belum mengesahkan ketulenan surat dan proses perlembagaan masih belum selesai?” katanya dalam kenyataan media.

Mahfuz turut membangkitkan beberapa episod sepanjang kemelut politik Negeri Sembilan, termasuk pertikaian berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar, dakwaan Ismail dipaksa menandatangani dokumen sehingga membuat laporan polis, penarikan balik surat kepada Majlis Raja-Raja dan perkembangan terbaharu mengenai peletakan jawatannya.

Beliau berkata, Ismail merupakan calon Menteri Besar yang diangkat Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, justeru kepimpinan parti itu perlu menjelaskan peranan mereka dalam kemelut berkenaan.

Menurut Mahfuz, parti politik mempunyai hak mencadangkan calon Menteri Besar, namun tidak boleh bertindak seolah-olah urusan pelantikan dan peletakan jawatan berada sepenuhnya di bawah bidang kuasa parti.

“Zahid dan kepimpinan UMNO perlu bertanggungjawab menjelaskan peranan mereka dalam krisis ini. Mereka juga perlu menjawab apakah jaminan calon baharu yang bakal dikemukakan tidak akan mengulangi episod yang sama,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan institusi Raja Berperlembagaan dengan mematuhi proses dan batas kuasa yang ditetapkan Perlembagaan.

Katanya, Negeri Sembilan tidak sepatutnya terus menjadi medan percaturan politik sehingga menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri.

“Ismail mungkin meletakkan jawatan, tetapi persoalan tanggungjawab Zahid dan UMNO terhadap krisis Negeri Sembilan masih belum terjawab,” katanya.

Berita berkaitan
Tuanku Muhriz terima menghadap Ismail Lasim: Bernama
4 jam lalu· Politik
Ahmad Maslan patut letak jawatan, gesa Rayer
11 jam lalu· Politik
Politik identiti perlu bina keyakinan, bukan cetus kebencian: Prof Mohd Afandi
11 jam lalu· Isu semasa
PKR: Jangan kelirukan isu KLSCAH dengan sewa PPR, Akmal dibidas
11 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
AMK: Pantun Ahmad Maslan biadab, patut letak jawatan terus
4 jam lalu · Politik
Jalaluddin Alias hangat disebut bakal jadi MB Negeri Sembilan: Laporan
15 jam lalu · Politik
Istana Negeri Sembilan belum sahkan surat peletakan jawatan Ismail Lasim
15 jam lalu · Politik
Ismail Lasim pilih untuk berdiam diri selepas letak jawatan MB: Laporan
16 jam lalu · Politik
Pantun ‘kencing’ Mat Maslan makan diri, bukankah UMNO juga dalam kerajaan?
November 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
2 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 17 Nov – Ismail letak jawatan, kerajaan Madani stabil dan lawatan Macron
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok