Pelumba cilik Pahang terima bantuan RM10,000 daripada PM

November 21, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyumbangkan RM10,000 bagi membantu pelumba muda negara, Muhammad Qaish Isyraf Mohd Qayyum menyertai kejohanan FIM MotoMini World Final Series di Valencia, Sepanyol.

Sumbangan itu bertujuan meringankan sebahagian kos penyertaan pelumba cilik dari Indera Mahkota, Kuantan, Pahang berkenaan yang bakal membawa cabaran negara di pentas antarabangsa.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi berkata, sumbangan berkenaan disampaikan menerusi wakil Anwar kepada Qaish pada Khamis.

Menurutnya, Qaish bakal beraksi dalam kategori 160cc pada kejohanan berprestij yang menghimpunkan pelumba muda dari pelbagai negara itu.

“Sumbangan ini diharapkan dapat menjadi pembakar semangat serta membantu menampung sebahagian perbelanjaan beliau sepanjang menyertai kejohanan berprestij tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Farhan turut berpeluang menghubungi Qaish menerusi panggilan video bagi bertanya khabar serta mendapatkan perkembangan mengenai persediaannya menghadapi kejohanan berkenaan.

Beliau berkata, sokongan terhadap bakat muda dalam bidang sukan perlu diberikan perhatian supaya mereka berpeluang mengembangkan potensi dan bersaing di peringkat lebih tinggi.

Katanya, inisiatif itu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan bakat anak tempatan mendapat perhatian, sokongan dan peluang sewajarnya.

Usaha membantu atlet muda seperti Qaish juga penting dalam membina pelapis sukan permotoran negara, sekali gus membuka laluan kepada lebih ramai bakat tempatan untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Berita berkaitan
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Isu Ahmad Maslan: Aziz Bari persoal prinsip tanggungjawab Kabinet, wajar letak jawatan
November 20, 2026· Politik
Anwar pertahan sokongan kepada Xi meskipun berdepan tekanan
November 20, 2026· Isu semasa
Anwar kagum perhatian Xi terhadap MADANI, kerjasama peradaban Islam dan Konfusianisme
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
3 jam lalu · Isu semasa
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit
6 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
9 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya ke Turkiye: Zahid umum lulus, Mat Sabu kata Kabinet belum bincang
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok