Anthony Loke.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan Anthony Loke masih bercuti dan belum meletakkan jawatan secara rasmi sebagai Menteri Pengangkutan.
Anwar berkata, beliau sudah bertemu Setiausaha Agung DAP itu dan mendengar penjelasan berhubung keputusannya untuk berundur daripada Kabinet.
Bagaimanapun, beliau meminta Loke mengambil cuti terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.
“Saya belum terima peletakan jawatan, dia masih bercuti.
“(Saya ada) jumpa (Loke), dia bagi alasan yang kita tahu dan saya beritahu… cuti dahulu,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Prakarsa AI Pendidikan Negara, hari ini.
Mengulas mengenai urusan Kementerian Pengangkutan sepanjang ketiadaan Loke, Anwar berkata kementerian itu masih mempunyai Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha (KSU) serta barisan pengurusan tertinggi untuk memastikan pentadbiran berjalan seperti biasa.
“Tugas sekarang ini kalau ikut peraturannya memang KSU ada, Timbalan Menteri ada, tapi memang Perdana Menteri tampung (pantau juga) sekejap,” katanya.
Pada 10 November lalu, Loke mengumumkan hasrat meletakkan jawatan daripada Kabinet susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah.
Keputusan mahkamah itu mencetuskan pelbagai reaksi politik, termasuk dalam kalangan kepimpinan DAP yang sebelum ini menyuarakan pendirian mengenai isu berkaitan hukuman terhadap Najib.
Perkembangan terbaharu itu menyaksikan kedudukan Loke dalam Kabinet masih belum dimuktamadkan, sementara Anwar mengambil alih pemantauan sementara terhadap urusan Kementerian Pengangkutan.
PRN Sarawak: 7,500 anggota polis siap siaga
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
Hujah Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib didengar 17 Mac 2027
Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib