PRN Sarawak: GPS menang tanpa bertanding, SPR tunggu pandangan AGC

November 27, 2026 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung implikasi perundangan sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 selesai esok.

Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata perkara itu masih dalam penelitian AGC bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya sedia ada.

Menurutnya, semua proses pilihan raya yang ditetapkan perlu diteruskan meskipun terdapat kemungkinan GPS memperoleh kemenangan besar tanpa perlu melalui pertandingan di sebahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya sudah minta perkara ini disemak dengan pihak AGC dan perkara ini masih lagi dalam semakan. Ada peraturan-peraturan berkaitan yang perlu kita patuhi.

“Kalau berdasarkan peraturan sedia ada, kita kena lihat semua proses pilihan raya ini terpaksa juga dijalankan, mesti dijalankan dan sebarang pengumuman akan dibuat selepas itu,” katanya selepas meninjau persiapan hari penamaan calon PRN Sarawak ke-13 di Pusat Penamaan Calon N.07 Samariang, Dewan Serbaguna Taman Sukma, hari ini.

Ramlan berkata, sekiranya hanya seorang calon mengemukakan pencalonan bagi sesuatu kerusi, calon berkenaan akan diisytiharkan menang tanpa bertanding mengikut peraturan pilihan raya.

Proses penamaan calon akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 pagi esok, dengan SPR mengesahkan kesemua 82 pusat penamaan calon di seluruh Sarawak sudah bersedia.

Setakat malam tadi, sebanyak 721 borang penamaan calon telah dijual kepada parti politik dan individu yang berminat bertanding, manakala 40 calon sudah menjelaskan bayaran deposit.

Ramlan turut mengingatkan bakal calon supaya hadir lebih awal bagi memastikan dokumen pencalonan dapat disemak dengan lancar serta mematuhi semua peraturan ditetapkan.

Dalam perkembangan berkaitan, SPR akan memulakan penghantaran peti undi ke kawasan pedalaman pada Rabu ini, termasuk kawasan Parlimen Baram, sebagai persiapan menghadapi hari pengundian pada 12 Disember.

Setakat ini, GPS mengumumkan calon bagi kesemua 82 kerusi DUN, diikuti Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dengan 26 calon, Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan DAP masing-masing 12 calon, Parti Bangsa Malaysia (PBM) seorang calon serta seorang calon Bebas.

Daripada 82 kerusi dipertandingkan, sebanyak 44 kerusi setakat ini hanya mempunyai seorang calon, manakala 36 kerusi menyaksikan dua calon dan dua lagi kerusi mempunyai tiga calon.

Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai kemungkinan GPS memperoleh majoriti mudah lebih awal menerusi kemenangan tanpa bertanding, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai perjalanan proses pilihan raya sekiranya situasi itu berlaku.

SPR menetapkan 8 Disember sebagai hari pengundian awal, manakala pengundian biasa berlangsung pada 12 Disember ini.

Berita berkaitan
Azmin sahkan Bersatu tidak masuk gelanggang PRN Sarawak
November 25, 2026· Politik
GPS umum 82 calon, 11 muka baharu pada PRN Sarawak
November 25, 2026· Politik
PRN Sarawak: 7,500 anggota polis siap siaga
November 25, 2026· Politik
PKR tidak bertanding PRN Sarawak, hormati kerjasama dengan GPS
November 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Isu minit Najib dan penutupan kedai, polis siasat dua pemimpin DAP
November 27, 2026 · Politik
Nazri mahu UMNO-PAS runding kerusi, Wawasan diketepikan: Laporan
November 27, 2026 · Politik
Zahid dan Tok Mat Menghadap Tuanku Muhriz, nasib MB N.Sembilan jadi tumpuan
18 jam lalu · Politik
Pendakwaan persoal transaksi RM25.3 juta dalam akaun Bersatu
20 jam lalu · Politik
Najib tidak teruskan rayuan saman terhadap bekas Peguam Negara
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok