Malaysia masih negara aman, jangan samakan dengan Colombia: Saifuddin Nasution

November 28, 2026 · Isu semasa

Malaysia tidak boleh disamakan dengan Colombia susulan beberapa kes penyeludupan dadah menggunakan jet peribadi dan aset tentera kerana kejadian itu tidak menggambarkan keseluruhan tahap keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, penilaian terhadap tahap keamanan dan keselamatan Malaysia perlu berdasarkan indeks antarabangsa yang mengambil kira pelbagai aspek, bukannya hanya bersandarkan kes jenayah yang mendapat perhatian umum.

Beliau berkata, Malaysia berada pada kedudukan ke-12 daripada 163 negara dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2026, sekali gus membuktikan negara masih berada dalam kelompok negara paling aman di dunia.

“Malaysia berada pada kedudukan kedua paling aman di Asia Tenggara selepas Singapura, manakala ketiga di rantau Asia Pasifik selepas Singapura dan New Zealand.

“Biar badan antarabangsa yang membuat penilaian mengenai tahap keselamatan, keamanan dan ketenteraman negara kita,” katanya semasa program Jelajah Wira Madani dan Santuni Madani Jabatan Imigresen Malaysia di Masjid al-Hasaniah, Kampung Rambong Pulai, Mukim Kupang, hari ini.

Mengulas dakwaan di media sosial yang menyamakan Malaysia dengan Colombia susulan pendedahan kegiatan penyeludupan dadah menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Saifuddin berkata, Indeks Keamanan Global mengambil kira puluhan indikator dalam membuat penilaian.

Antara aspek dinilai termasuk kekerapan demonstrasi, peruntukan keselamatan negara serta nisbah anggota keselamatan berbanding jumlah penduduk.

“Kesimpulannya, kita berada pada kedudukan yang baik,” katanya.

Dakwaan itu timbul susulan beberapa pendedahan kes penyeludupan dadah yang mengaitkan Malaysia dengan rangkaian pengedaran antarabangsa, termasuk rampasan dadah di negara jiran.

Pada 24 Oktober lalu, pihak berkuasa Indonesia dilaporkan merampas lebih dua tan dadah bernilai kira-kira AS$300 juta (RM1.3 bilion) menerusi dua operasi di Pulau Sumatera, termasuk penahanan sebuah kapal tangki milik syarikat berpangkalan di Johor Bahru.

Sebelum itu, polis Laos merampas 521 kilogram dadah jenis methamphetamine kristal daripada sebuah jet peribadi yang dilaporkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang. Seramai 13 individu ditahan berkaitan kes berkenaan.

Terbaharu, pada 17 November lalu, 11 individu termasuk lima pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam ditahan dalam operasi di Lembah Klang dan Labuan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah menggunakan aset tentera.

Polis turut merampas 96.64 kilogram dadah disyaki syabu bernilai RM4.83 juta serta 6.98 kilogram bahan kimia dalam operasi berkenaan.

Pendedahan beberapa kes berprofil tinggi itu mencetuskan persoalan mengenai tahap kawalan keselamatan dan kemungkinan wujudnya rangkaian penyeludupan yang menggunakan kemudahan serta aset negara.

Berita berkaitan
Anwar arah siasatan penuh kes seludup dadah guna pesawat TUDM
5 jam lalu· Isu semasa
MINDEF tidak lindungi anggota tentera terbabit dadah: Khaled Nordin
5 jam lalu· Isu semasa
Kabinet arah pangkalan udara dikawal ketat susulan kes dadah TUDM: Fahmi
November 27, 2026· Isu semasa
Tiga pegawai TUDM didakwa di mahkamah edar 96.2kg syabu
November 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah pusat NADI meningkat kepada 1,099 tahun ini
November 28, 2026 · Isu semasa
RTMKlik catat 11.2 juta muat turun, Fahmi ucap terima kasih atas sokongan
November 28, 2026 · Isu semasa
Fahmi saran orang ramai guna AI semak berita palsu
November 28, 2026 · Isu semasa
Pengurusan institusi kerajaan perlu bebas pengaruh politik: Anwar
November 28, 2026 · Isu semasa
Asyraf tegur hiburan konsert di konvokesyen UniKL, arah semak etika
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok