MySiren bukan sekadar amaran banjir, boleh kesan tanah runtuh dan orang hilang

2 jam lalu · Isu semasa

Sistem Amaran Awal MySiren berpotensi diperluaskan penggunaannya bagi menyampaikan maklumat kecemasan melibatkan pelbagai kejadian termasuk tanah runtuh, gempa bumi dan kes kehilangan individu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sistem berkenaan bukan sahaja boleh dimanfaatkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), malah turut berpotensi digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutnya, MySiren boleh menjadi saluran penting untuk menyampaikan amaran kepada penduduk di kawasan berisiko, termasuk memberikan arahan pemindahan sekiranya berlaku bencana.

“Sebagai contoh, jika berlaku banjir kilat atau tanah runtuh, sistem ini boleh digunakan untuk mengarahkan penduduk di sesuatu kawasan berpindah,” katanya pada sidang media selepas Sesi Ujian Sistem Amaran Awal MySiren Seluruh Negara di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Pulau Meranti, hari ini.

Fahmi berkata, kerjasama dengan PDRM juga boleh diperluaskan bagi membolehkan MySiren digunakan untuk menyampaikan maklumat berkaitan kejadian tertentu, termasuk kes individu dilaporkan hilang.

Katanya, sistem berkenaan akan beroperasi selama 24 jam sehari bagi memastikan maklumat kecemasan dapat disalurkan kepada orang ramai pada bila-bila masa.

Beliau turut meminta NADMA dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memastikan ujian MySiren dilaksanakan setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap fungsi serta keupayaan sistem berkenaan.

Menurutnya, Oktober dicadangkan sebagai bulan pelaksanaan ujian tahunan, dengan 1 Oktober antara tarikh yang sedang dipertimbangkan.

Bagaimanapun, tarikh sebenar pelaksanaan masih belum dimuktamadkan.

MySiren merupakan sistem amaran awal yang bertujuan mempercepat penyampaian maklumat kecemasan kepada orang ramai, khususnya ketika berdepan ancaman bencana dan situasi yang memerlukan tindakan segera.

Penggunaan sistem seumpama itu penting bagi memastikan penduduk menerima maklumat tepat pada masanya sekali gus membantu mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerugian harta benda.

Berita berkaitan
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
November 29, 2026· Isu semasa
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
November 29, 2026· Isu semasa
Ujian Mysiren bermula, orang ramai mula terima notifikasi kecemasan
2 jam lalu· Isu semasa
Jumlah pusat NADI meningkat kepada 1,099 tahun ini
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
November 29, 2026 · Isu semasa
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
November 29, 2026 · Isu semasa
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
November 29, 2026 · Isu semasa
Isu seludup dadah TUDM: Anwar gesa jangan lindungi pengkhianat dalam pasukan keselamatan
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia perlu tingkat kewaspadaan keselamatan: Anwar
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
November 29, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok