Pemuda MCA persoal tiada pendakwaan terhadap bekas pegawai Teresa Kok

May 19, 2025 · Isu semasa

Gesaan dibuat Pemuda MCA supaya Pejabat Peguam Negara (AGC) membuat penjelasan berhubung status kes rasuah membabitkan dua individu termasuk bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Ketua Pemuda MCA Selangor, Tan Jie Sen berkata sejak kes rasuah tersebut terbongkar pada Mac lalu susulan penahanan dua pegawai pemimpin DAP itu sehingga hari ini masih tiada pendakwaan dibuat di mahkamah.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada Mac lalu mereman dua bekas pegawai Teresa, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan membantu meluluskan dana projek mesra rakyat.

Menurut beliau, penyiasatan kes itu boleh dianggap kurang merumitkan apabila Teresa sendiri telah mengakui pejabatnya terlebih bayar RM700,000 untuk projek bernilai RM1.5 juta dan bertindak memecat pegawai yang terlibat.

“AGC perlu menyegerakan keputusannya supaya suspek boleh didakwa di mahkamah, bagi membuktikan Seksyen 16 Akta SPRM 2009 tetap digunakan sekalipun kes dikaitkan dengan seorang ahli Parlimen kerajaan bukannya ke atas pembangkang sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Jie Sen, sekiranya AGC memutuskan untuk menutup kes itu, ia juga perlu memperincikan sebab-sebabnya bagi menghapuskan tanggapan negatif orang ramai terhadap kes yang dilihat sebagai ketara tersebut.

“Orang ramai juga berhak tahu sama ada tindakan Teresa Kok yang juga Naib Presiden DAP itu tidak melaporkan kepada SPRM berhubung isu ini dianggap bersubahat atau sebaliknya?” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, dua individu termasuk bekas pegawai khas kepada Teresa direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan membantu meluluskan dana projek mesra rakyat.

Mereka dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta membabitkan pembekalan interactive smart board kepada beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Teresa sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak mempunyai sebarang kaitan atau pengetahuan mengenai keputusan SPRM untuk menahan bekas kakitangannya itu dan menegaskan perkara itu berada di luar kawalannya.

Berita berkaitan
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
18 jam lalu· Politik
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
18 jam lalu· Isu semasa
SPRM tahan penjawat awam terbabit kes rasuah RM30 juta libat cukai taksiran
October 21, 2026· Isu semasa
Akmal lelong motosikal, ikan tilapia bayar saman fitnah
October 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
10 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
14 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
16 jam lalu · Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
18 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok