MCA diberi dua kerusi untuk ditandingi di Melaka.
MCA dicadangkan untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) jika mereka perlu mengikut peraturan yang hanya membenarkan parti penyandang bertanding di kerusi yang mereka menangi pada pilihan raya umum akan datang.
Cadangan itu disuarakan bekas presiden MCA, Dr Chua Soi Lek memandangkan peraturan membenarkan parti penyandang bertanding di kerusi yang mereka menangi sebagai tidak adil dan tidak munasabah.
“Kita sudah terlalu lama dalam BN. Kalau kita nak keluar, kita perlu ada alasan yang rakyat boleh terima. Tak boleh sekadar jadi hero palsu — tak ada maknanya. Sebab akhirnya, politik ini tentang satu perkara: rakyat dan undi mereka.
“Kalau nak tanya saya, saya akan cakap terus terang — kalau BN terus dengan peraturan bahawa mana-mana parti komponen yang kalah dua kali di kerusi sama tidak lagi dibenarkan bertanding atas tiket BN, maka sudah sampai masa untuk MCA ucapkan ‘selamat tinggal’,” katanya dalam satu temu bual podcast berbahasa Cina bersama Malaysiakini.
Untuk rekod, Soi Lek pernah mencadangkan agar MCA keluar daripada BN selepas prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum 2018.
Katanya lagi, walaupun masih berpendapat langkah itu tepat, jika MCA mahu keluar dari BN pada masa sekarang maka parti tersebut juga perlu memberikan alasan yang munasabah kepada rakyat.
Soi Lek juga berkata dengan peraturan agihan kerusi BN itu maka MCA mungkin hanya tinggal dua kerusi parlimen dan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi.
“Itu cuma pandangan saya. Saya tak tahu apa keputusan pimpinan parti nanti. (Tapi kalau betul ia jadi begitu,) maka sudah tiba masanya, kita patut kata ‘terima kasih, dan selamat tinggal’,” tambahnya.
Namun begitu, dia tidak menolak kemungkinan MCA kekal dalam BN untuk bertanding di kerusi yang disandang ketika ini, sambil juga meletakkan calon di kawasan boleh menang di bawah logo parti sendiri.
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini, SPR tentukan tarikh PRN
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum