Wanita DAP P. Pinang bidas tindakan kelab veteran Negeri Sembilan protes pakai tuala wanita

August 4, 2025 · Politik

Tindakan segelintir ahli Kelab Veteran DAP Negeri Sembilan yang menggunakan topeng menyerupai tuala wanita dalam protes terhadap cadangan pelantikan ‘orang luar’ sebagai senator dibidas Wanita DAP Pulau Pinang.

Pengerusinya, Lim Siew Khim mengulas berhubung tindakan sekumpulan ahli veteran DAP di Negeri Sembilan memakai topeng seakan tuala wanita yang mengecam jawatankuasa parti negeri itu “menggadai” kepentingan rakyat ekoran cadangan pelantikan “orang luar” sebagai senator.

“Saya memahami kebimbangan rakan-rakan parti terhadap isu ketelusan dan keadilan dalam keputusan parti, namun simbolik seperti ini boleh membangkitkan semula stereotaip terhadap wanita dan tidak membantu perbincangan yang membina,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan itu boleh disalahtafsir sebagai perlakuan tidak sopan dan berisiko mencemarkan maruah wanita serta menjejaskan kesahihan tuntutan yang ingin disuarakan.

Beliau turut menyifatkan tindakan berkenaan sebagai gimik murahan yang gagal menumpukan perhatian kepada isu reformasi institusi yang diketengahkan.

“Tindakan yang menjadikan tubuh atau fisiologi wanita sebagai simbol bantahan adalah bertentangan dengan prinsip DAP yang menghormati hak dan maruah wanita.

“Justeru, semua ahli parti harus kekal fokus kepada isu pokok dengan menggunakan hujah berfakta dan pendekatan rasional kerana protes keterlaluan hanya melemahkan mesej yang ingin disampaikan.

“DAP sentiasa menghargai penyertaan dan pemerkasaan wanita. Oleh itu, setiap bentuk ekspresi atau bantahan haruslah mencerminkan profesionalisme dan maruah,” katanya lagi.

Semalam, Kelab Veteran DAP Negeri Sembilan mengecam jawatankuasa parti negeri yang didakwa “menggadai” kepentingan rakyat tempatan apabila mencadangkan pelantikan senator dari luar negeri.

Sebagai tanda protes, beberapa ahli memakai topeng menyerupai tuala wanita dalam satu sidang media yang mencetuskan pelbagai reaksi.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
18 jam lalu· Politik
14 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan
19 jam lalu· Politik
BN tidak kompromi isu perkauman walau ada kerjasama politik: Zambry
19 jam lalu· Politik
Kempen masuk minggu kedua, Aminuddin fokus dekati pengundi seramai mungkin
19 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Pelaburan negeri hasil usaha PH sebelum Kerajaan Perpaduan: Aminuddin
5 jam lalu · Politik
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
8 jam lalu · Politik
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
8 jam lalu · Politik
Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati
13 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
16 jam lalu
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
July 25, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok