Rundingan konflik Thai-Kemboja: Hamzah ucap tahniah kepada PMX

August 4, 2025 · Politik

Perikatan Nasional (PN) hari ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas peranan penting beliau dalam membantu meredakan ketegangan sempadan antara Thailand dan Kemboja.

Timbalan Pengerusi PN yang juga Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata PN menyambut baik apa sahaja keterlibatan Malaysia dalam usaha memperkukuh kestabilan rantau ini.

“Apa pun peranan dimainkan Yang Berhormat Tambun (Anwar) walau ada yang menyifatkan sebagai tuan rumah, ia tetap satu peranan yang akan tersemat dalam lipatan sejarah. Saya mengucapkan tahniah dan syabas.

“Apa yang penting Malaysia akan terus kekal dihormati sebagai sebuah negara berdaulat dan terus dipandang tinggi sebagai kuasa pengimbang kompetitif dalam rantau Asia Tenggara,” katanya pada sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 28 Julai lepas, Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat berkuat kuasa serta-merta, susulan mesyuarat khas diadakan di Putrajaya yang dipengerusikan Anwar.

Pada mesyuarat berkenaan, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai, turut mencapai persetujuan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata itu.

Sehubungan dengan itu, Hamzah menyeru supaya Malaysia konsisten memperjuangkan keamanan sejagat serta berani menyuarakan pendidiran tegas dalam menentang segala bentuk kezaliman dan penindasan, memandangkan pelbagai konflik kini melihatkan persekitaran geopolitik dunia begitu rapuh.

“Krisis kemanusiaan dan genosid berterusan di Gaza, perang di Eropah Timur, sengketa berpanjangan di Asia Barat begitu juga antara Thailand dan Kemboja, tentunya memberi kesan kepada Malaysia baik secara langsung mahupun tidak langsung.

“Bagi memelihara kepentingan diplomasi dan strategik negara dari segenap sudut, maka Perdana Menteri, Menteri Luar serta seluruh anggota Jemaah Menteri memikul amanah besar untuk memastikan setiap kenyataan dan tindakan mereka sentiasa bersifat tersusun dan terukur,” katanya.

Mengenai kadar tarif 19 peratus dikenakan Amerika Syarikat (AS) kepada Malaysia, Hamzah berkata PN berpendirian jelas bahawa negara ini mesti berdagang dengan bermaruah terutamanya dalam mempertahankan kedaulatan serta kepentingan negara.

AS mengenakan tarif pada kadar yang dikurangkan kepada 19 peratus daripada 25 peratus ke atas import dari Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos. – Bernama

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
18 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
18 jam lalu· Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
23 jam lalu· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
24 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
3 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
3 jam lalu · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
3 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
4 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok