Perincian perlaksanaan subsidi bersasar RON95 diumum akhir September: Laporan

August 5, 2025 · Isu semasa

Perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September 2025 selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 23 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Sehubungan itu, katanya kerajaan sedang giat membangun dan menguji mekanisme penyasaran subsidi bagi memastikan ia beroperasi secara lancar apabila dilaksanakan.

“Usaha ini termasuk memperhalusi data daripada agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Kerajaan berusaha memastikan pendekatan yang lebih menyeluruh diterapkan supaya subsidi RON95 dapat meliputi kelompok yang disasarkan,” katanya menerusi Jawapan Bagi Pertanyaan Jawab Lisan yang dipaparkan di portal Dewan Rakyat.

Kementerian menjawab soalan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu status terkini pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 yang diumumkan oleh Kementerian Ekonomi berkenaan fasa front-end dan back-end.

Menurut MOF, sepertimana yang diumumkan, apabila penyasaran semula subsidi RON95 dilaksanakan melalui penggunaan MyKad, rakyat terbanyak akan dapat menikmati harga RON95 yang lebih rendah iaitu RM1.99 seliter.

Mereka yang tidak layak untuk subsidi RON95 seperti bukan warganegara perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, katanya. – Bernama

Berita berkaitan
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Hampir RM11 bilion STR, SARA disalur hingga September
October 19, 2026· Isu semasa
MoF buka ruang rayuan bantuan untuk M40 terjejas bila-bila masa
October 19, 2026· Isu semasa
Dakwaan caj QR bermula November tidak benar: MoF
October 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
2 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
6 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
6 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok