Wakil DAP bertikam lidah dengan Wee Ka Siong, gesa sertai PAS

August 5, 2025 · Politik

Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong dicadangkan supaya menyertai PAS ekoran kelantangannya yang seakan seperti wakil pembangkang.

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen DAP (Kampar), Chong Zhemin terhadap Ka Siong (Ayer Hitam) semasa sesi perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini kerana beliau mendapat sokongan daripada blok pembangkang.

“Ahli Parlimen Ayer Hitam berucap ke arah pembangkang, bolehlah sertai pembangkang. Masuk PAS, PAS alu-alukan MCA,” katanya ketika mencelah.

Terdahulu, Ka Siong menerima teguran daripada Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong Yien yang menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya hanya memandang ke arah blok pembangkang semasa berbahas.

Menurut Alice, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 31(1), mana-mana ahli yang dipanggil oleh Pengerusi Dewan hendaklah berdiri dan mengarahkan ucapannya kepada pengerusi, bukan hanya kepada blok tertentu.

Susulan itu, Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee (PN) bangkit mempertahankan Ka Siong dan menyelar kenyataan Zhemin.

“Beliau pandang sini sebab dapat sokongan daripada sini. Beliau tak boleh pandang sana sebab DAP serang dia,” ujar Ronald.

Ketika sesi perbahasan, berlaku pertikaman lidah antara Ka Siong dan Zhemin berhubung dakwaan kerajaan telah melakukan ‘rompakan cukai’.

Selepas kenyataan kecaman Zhemin yang menyeru masuk PAS, Ka Siong kemudiaan bangkit mencelah dengan membidas sikap pemimpin DAP yang hanya tahu beretorik.

“Minta tarik balik. Itu kenyataan retorik. Setiap kali saya berucap, itulah gelagat mereka,” bidas Ka Siong.

Berita berkaitan
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
9 jam lalu· Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
17 jam lalu· Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
October 24, 2026· Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
October 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
11 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
17 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
17 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
17 jam lalu · Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok