Cara Rafizi berkempen beri kesan tak baik kepada parti, kata calon Naib Presiden

May 20, 2025 · Politik

Strategi berkempen Rafizi Ramli yang agak lantang memberi kesan tidak baik kepada parti dan boleh menyebabkan ditolak akar umbi PKR dalam pemilihan nanti.

Teguran dibuat seorang calon Naib Presiden PKR, Sim Tze Tzin terhadap Rafizi yang sedang bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana dilihat terlalu menyerang parti sendiri sehingga boleh menimbulkan persepsi tidak baik rakyat.

Sebaliknya, beliau menitipkan nasihat kepada Menteri Ekonomi itu supaya menyelesaikan sebarang isu terkait parti secara tertib menerusi libat urus dalaman sebagai satu keluarga.

“Pada pendapat saya, cara Rafizi berkempen agresif dan mungkin tidak dapat diterima oleh ramai ahli parti. Sebabnya, ahli parti ini macam keluarga. Walaupun keluarga ada (dalam kalangan) yang tidak bersetuju (dengan cara Rafizi).

“Jadi apa yang berlaku dalam keluarga, kita selesaikan dalam keluarga. Bila dihebohkan di luar, ia akan mengundang respon tidak baik,” katanya dipetik laporanBH.

Dalam tempoh kempen berbaki kurang lima hari lagi, Ahli Parlimen Bayan Baru itu tidak menolak Rafizi akan sesekali ‘berdamai’ sebaliknya berterusan menggarap pendekatan menyerang.

Tidak seperti seorang lagi calon timbalan presiden, Nurul Izzah Anwar, beliau berkata anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih kepada tidak menyerang lawan atau sesiapa saja.

“Jadi saya nampak Nurul Izzah menggunakan pendekatan damai. Dia tidak menyerang balik. Dia telan saja.

“Buat masa sekarang saya nampak kempen Rafizi akan terus macam itu (agresif). Nasib baik tempoh berkempen (pemilihan PKR pusat) pendek bukan panjang. Ada (lebih kurang) lima hari lagi.

“Saya mengharapkan kawan baik saya iaitu Rafizi selaku rakan seperjuangan supaya kembali kepada asas. Kenapa kita sertai parti ini? Kita sertai parti ini sebab hendak lakukan perubahan.

“Dalam perjuangan ini memang ada banyak naik dan turun. Memang banyak cabaran. Kalau boleh, kembalilah sebagai satu pasukan,” katanya.

Berita berkaitan
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
4 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
12 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
13 jam lalu· Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
7 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
12 jam lalu · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
12 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
October 24, 2026 · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
October 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok