MCMC bawa turun 112,734 kandungan penipuan, sekat 7 laman web: Fahmi

August 8, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menurunkan 112,734 kandungan penipuan dan menyekat tujuh laman sesawang yang mencurigakan sejak 1 Januari hingga 1 Ogos 2024.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, memaklumkan bahawa tindakan tegas ini diambil berdasarkan aduan orang ramai serta pematuhan garis panduan komuniti setiap platform media sosial.

“Kerjasama erat dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi turut membolehkan sekatan 2.1 bilion panggilan dan SMS meragukan. Sebanyak 184,289 talian telefon yang disyaki terlibat dalam penipuan juga telah ditamatkan perkhidmatan sejak 2022,” jelas Fahmi dalam jawapan bertulis kepada Parlimen.

Beliau menekankan bahawa larangan terhadap SMS mengandungi pautan penipuan atau permintaan maklumat peribadi telah dikuatkuasakan mulai 1 September 2024 bagi melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan.

“Di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia, penyebaran kandungan palsu dengan niat menipu boleh dikenakan denda RM500,000, penjara dua tahun, atau kedua-duanya sekali, serta denda harian RM5,000 jika kesalahan berterusan,” tegasnya.

Fahmi juga berkongsi inisiatif lain termasuk pelancaran Kempen Internet Selamat (KIS) pada 21 Januari lalu yang mensasarkan 10,000 sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber.

“Kami turut memperkenalkan lesen wajib ASP(C) bagi penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial mulai 1 Januari 2024, bersama Kod Tatalaku Amalan Terbaik yang diterbitkan pada 20 Disember 2024, bagi mewujudkan ekosistem internet lebih selamat,” tambahnya.

Jawapan ini diberikan sebagai respons kepada pertanyaan Siti Aminah Aching (BN-Beaufort) mengenai usaha kerajaan menangani jenayah siber.

MCMC terus bekerjasama rapat dengan PDRM dalam aspek teknikal termasuk analisis forensik digital untuk mempercepatkan siasatan kes penipuan dalam talian.

Berita berkaitan
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
6 jam lalu· Isu semasa
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
7 jam lalu· Isu semasa
Jumlah pusat NADI meningkat kepada 1,099 tahun ini
November 28, 2026· Isu semasa
RTMKlik catat 11.2 juta muat turun, Fahmi ucap terima kasih atas sokongan
November 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
6 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
6 jam lalu · Isu semasa
Isu seludup dadah TUDM: Anwar gesa jangan lindungi pengkhianat dalam pasukan keselamatan
8 jam lalu · Isu semasa
MySiren bukan sekadar amaran banjir, boleh kesan tanah runtuh dan orang hilang
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok